View: 3373|Reply: 6
|
kepala pharaoh amenhotep III (datuk king tut) 3,400 tahun ditemui!!
[Copy link]
|
|
Patung kepala firaun ditemui
| Patung kepala Firaun berusia 3,400 tahun yang baru ditemui tertanam di Kom el-Hetan di Luxor, Mesir. - REUTERS
|
KAHERAH 2 Mac - Sebuah patung kepala gergasi daripada granit milik Amenhotep III, datuk Tutankhamun, telah ditemui di Luxor, menurut Menteri Kebudayaan Mesir, Farouk Hosni kelmarin.
Dikilatkan dengan bersih sehingga 'menampakkan ukiran raut wajah yang muda', kepala berukuran 2.5 meter tinggi itu adalah sebahagian daripada ukiran patung Amenhotep III dalam posisi berdiri dan memakai mahkota putih Upper Egyptian sambil memegang tanda kebesaran diraja.
Saintis yang mengendalikan ujian DNA dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas beberapa mumia yang dikenal pasti sebagai Amenhotep III, datuk kepada Tutankhamun, raja muda yang dilahirkan hasil perkahwinan sumbang mahram antara Ankhenaten dan adik perempuannya, yang mana kedua-duanya adalah anak Amenhotep III.
Hourig Sourouzian, yang mengetuai misi pemuliharaan itu berkata, kepala Amenhotep itu merupakan antara 84 artifak yang tertanam di dalam sebuah kuil pengkebumian di tebing barat Sungai Nil di Luxor.
"Kami telah mengumpulkan kuantiti yang besar serpihan
patung granit berwarna merah itu yang 'berdiri' di bahagian selatan kuil pengkebumian Amenhotep III itu," katanya.
Beliau turut berkata, sebahagian daripada patung itu telah disimpan. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Wah.. minat sangat ngan kisah firaun n anak beranak dia... lagi seronok kalo dapat tengok real... bila la dapat peluang pi mesir nak tengok piramid n semua mumia2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kepala pharaoh amenhotep III ni mmg lonjong macam 2 ea... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu.. minat tol haku nengok mumia neh..
king tut neh byk cite psl dia.. psl ibu susuan la ..
emm interesting |
|
|
|
|
|
|
|
kan best kalau dapat gi singapore sekarang nie.. kan ada pameran pasal mumia kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana dia org ukir batu granit tu...
guna peralatan apa?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|