CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4342|Reply: 13

Cuaca panas : Catuan air bermula!

[Copy link]
Post time 5-3-2010 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air di beberapa kawasan di Seremban mula dicatu
05/03/2010 2:41pm

SEREMBAN 5 Mac – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akanmula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Seremban Ahad ini ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa tadahan air di daerah itu.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pengurangan hujan mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Jadual catuan air Ahad ini bagi Zon A ialah mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam dan kawasan yang terlibat ialah Eka Matahari, Planter’s Haven, Arab Malaysia (Taman Desa Ria), Nilai 3, Nilai Impian, Nilai 7,Desa Chempaka/Jasmin, Kota Seriemas, Kuarters KLIA, Kolej Jururawat KPJ dan Nilai Perdana.

Jadual catuan air bagi Zon B pula ialah mulai pukul 8 malam hingga 8 pagi melibatkan kawasan Kondok, LBJ, Taman Gadong Jaya 1, 2 dan 3, Seri Sendayan, Sendayan Indah, Felda Sendayan, Kampung Gadong Jaya dan Kampung Jimah Baru, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, catuan itu akan diteruskan sehingga paras air di muka sauk kembali ke paras biasa (di atas tahap kritikal).

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 04:46 PM | Show all posts
teringat krisis catuan bekalan air tahun 90an dulu.pas balik sekolah, mesti tolong mak angkut air dari lori DBKL... adakah akan berlaku lagi seperti tahun 90an dulu??? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 04:56 PM | Show all posts
teringat krisis catuan bekalan air tahun 90an dulu.pas balik sekolah, mesti tolong mak angkut air dari lori DBKL... adakah akan berlaku lagi seperti tahun 90an dulu??? huhuhu
ping_pong Post at 5-3-2010 16:46


harap2 janganlah sampai jadi mcm tu..hazabbb ooo..

tido malam pun tak lena..lori air lak dtg kul 2 pagi..:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 04:57 PM | Show all posts
tgk dlm zon A n B seremban xder lak kena catuan air ni..harap2 xkena la..tu la byk sgt maksiat kan ALLAH dh turunkan bala..tu pun ramai yg x beringat lg,semua masih leka...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 05:17 PM | Show all posts
air kena catu? x sempurna la hidup
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 05:30 PM | Show all posts
perlu ke catuan ni
cuaca panas tak berpanjangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2010 05:33 PM | Show all posts
kat johor dh 2 minggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2010 07:21 PM | Show all posts
mandi air terjun
mandi air sungai lerr
best nye...tak sabar nak pegi lenggeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 08:11 PM | Show all posts
sungai sblah umah aku nipon dh leh wat men golf..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:52 PM | Show all posts
nib baik enstek xtermasuk....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 09:42 AM | Show all posts
mcmana kwsn yg mengalami catuan semlm mcmana..keadaan terkawal x..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:03 PM | Show all posts
rmh aku kat springhiil nih,rasanyer dh 3mggu air kene catu,dr kul 6ptg smpi 8mlm....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:34 PM | Show all posts
nib baik enstek xtermasuk....
ciku_lat Post at 7-3-2010 12:52


ooo enstek x tmasuk ek ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 06:45 AM | Show all posts
kuk kocik2 maghin kono catuan air, sronok ghaso eh~bule pure2 sibuk tolong mak kluakan tong, tunggu lori air, pure2 rajin siram pokok yo kojo eh smpai nak kono cemat~haha

tp kuk dah bosa ni berlaku laie, hazab ~.~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.483608 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list