CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6477|Reply: 9

ape itu TAWAS??

[Copy link]
Post time 23-3-2010 11:43 AM | Show all posts |Read mode
1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWASadalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung inidiwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabungpermulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a)Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dantertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsirananak Selangor adalah seperti berikut:-
“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
• Warganegara Malaysia; dan
• Lahir di  Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan
• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b)Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonanhendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran danbagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklahdikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.
4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.

b. Pendaftaran boleh dibuat melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi dari pejabat urusetia atau secara online di www.tawas.org.my

c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:
  (i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan
  (ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.

d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti
caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?
Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;
ATAU
(ii) Ulangtahun ke-18  pada jumlah  RM1,500.00.
b. Bagi  Ibubapa/penjaga yang memilihpilihan (ii),  pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akanmenghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran carumanberjumlah RM1,500.00.
c. Pihak Yayasan Warisan AnakSelangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonuspada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.
d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya  mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.
6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008

7. Di mana mendapatkan borang pendaftaran?
i. Borang boleh diperolehi dari kaunter Yayasan Tabung Warisan
ii.Daftar dan Semak Permohonan Secara Online di www.tawas.org.my

8. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya? baru

Projek TAWAS
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03 - 5521 8740 atau 03 - 5521 8741
Faksimili: 03 - 5521 8742 atau 03 - 5521 8743


sape2 yg duk s'gor ade anak lahir thn 2008 leh la apply...kalo wa layak mmg apply dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 11:45 AM | Show all posts
ingatkan benda yang bubuh dalam telaga bagi air telaga jernih.. dulu2 selalu org guna..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:47 AM | Show all posts
Tawas juga digunakan utk nyahkan bau ketiak yg busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:48 AM | Show all posts
Aku harap Zambrey Abdool Cadeer boleh buat TAPER (Tabung Anak Perak) pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:48 AM | Show all posts
MAWAS pulak apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:52 AM | Show all posts
dan ade gak org yg gune air tawas utk memutihkan muke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2010 12:37 PM | Show all posts
bila anak aku lahir leh la aku apply..masuk dlm SSPN n TAWAS utk kepentingan pendidikan anak2 apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 12:41 PM | Show all posts
kalau pru13 bukan lagi pasukan yg sama memerintah... mende ni akan berterusan ke?
anak2 yg lahir 2008 dapat ke rm1500 thaun 2026 nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 12:44 PM | Show all posts
ingatkan Tawas g org dok guna tu...

Tak per la..all my kids dah ader tabung SSPN..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 12:44 PM | Show all posts
Aku harap Zambrey Abdool Cadeer boleh buat TAPER (Tabung Anak Perak) pulak...
juwaini Post at 23-3-2010 11:48


juwaini org perak ke?

he.he...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.505522 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list