View: 4222|Reply: 11
|
Skim cepat kaya guna nama Islam dikesan di Perak
[Copy link]
|
|
IPOH: Sebuah syarikat di sini dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama "Islam" yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lalu dengan mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.
"Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian," katanya selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini, hari ini. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.
Beliau berkata, siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.
Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. - Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adus..
mcm2 hal le skang ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
ape name skim cepat kaye ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
saje xnak dedahkan
mgkn sbb nak privasi dalam siasatan
atau nak bagi lebih ramai termasuk dalam perangkap |
|
|
|
|
|
|
|
pulakkk... bagitau ler.. dapt menyelamatkan lebih ramai pengguna |
|
|
|
|
|
|
|
Oomie
mgkkn maklumat xkan didedahkan sbb org terlibat tu ada pangkat or jawatan
klu org biasa, mesti dah kecoh namanya di segenap media massa
selalunya klu melibatkan orang2 besar, mmg silent je la |
|
|
|
|
|
|
|
7# ironmind
Kalau ikut hukum, perniagaan yang menjanjikan keuntungan tu RIBA ........ harga diri begitu murah disebabkan duit |
|
|
|
|
|
|
|
Yes! Biasala..asal dapat wang cepat je..mulala 'orang kita' bukak mata, terhegeh hegeh nak masuk..dah tu, convince plak saudara mara,teman rapat dan sbgainya...
Last2 apa jadi, kawan hilang, saudara mara pulaukan...Padan muka ekau...Duit lagi la lebur!!
Sendiri mau ingat! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# qastury
aku setuju...muahaha...psl ilang kwn sedara mara tk tggu wat skim cpt kaya pun aku dh kena...
sejak wat insurance prudential bsn takaful kwn2 dok ngelak je tkut kene pksa dgr topik kepentingan insurance..muahahah...
tpi ms dh sakit pndai lak crik aku nk mintk insurance tlg..terlambat suda ms tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa macam baru ternampak iklan ni... tak ingat..kat banner2 kat traffic light mahkamah syariah/billion tuh ke.. atau pon kat trafic light teluk batik/lumut..kelmarin..baru terdetik kat ati.. berani betul guna nama Islam ...konon pelaburan cara Islam..lbih kurang gitu la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# tinie_purple
aku perasan gak tdi iklan2 byk bagai kt tmpt2 tue...tp tk amik port pun...tkpe2 sok aku tgok n teliti k iklan2 bedebah itu...haha:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|