|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
asal tak buat testing kat human sudahla. Kalau bukan test kat haiwan, nak test kat mana lagi?? yang membangkang tu takder bagi cadangan ker?. Jgn nk membangkang ajer. Tapi prosedur lab kenalah ikut betul2 supaya tak dikira sebagai menyiksa binatang (tikus) |
|
|
|
|
|
|
|
certain animal yang mmg purposely dibiakkan untuk
lab test
tak mengapa
asalkan..we as human gunakan sepenuhnya pengetahuan
utk reduce kan kesakitan
in sc, weh have to kill frogs, mice, n sometimes sheep
to get good result
tapi kalau saja2 amik kucen kat tepi jalan
buat test tembak2...
then tu tak boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kejadian semalam, Mohamad Maidin, 44, ditemui mati dengan empat kesan tetakan di kepala dan semua jari tangannya hampir putus, dipercayai ditetak seseorang ketika bersiap untuk membuka warungnya, kira-kira jam 6.20 pagi.
Jirannya menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubungi polis.
Anak mangsa yang berusia 19 tahun dan ada dalam warung bersama bapanya sempat menyelamatkan diri selepas bapanya menjerit memintanya lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Tg. Bidara Resort bakal ditutup
ALOR GAJAH - Ketika era 90-an dahulu, nama pusat peranginan Tanjung Bidara Beach Resort begitu sinonim dengan pelancong yang datang ke Melaka. Lokasinya yang mendamaikan kerana terletak di tepi laut Selat Melaka membuatkan sesiapa yang menduduki pusat peranginan tersebut walaupun sekejap begitu teruja dengan keadaan sekitarnya.
Namun entah apa silapnya sejak akhir-akhir ini, destinasi percutian terkenal itu semakin tenggelam kerana pelbagai masalah selepas sebuah syarikat mengambil alih pengurusan resort itu pada tahun 2003.Lebih menyedihkan, resort yang disifatkan sebagai lambang kebanggaan penduduk sekitar Masjid Tanah itu kini berada di ambang 'hidup segan mati tak mahu' yang berkemungkinan ditutup atas alasan tidak mampu beroperasi lagi.
Difahamkan, resort tersebut didakwa menanggung kerugian lebih daripada RM4 juta sejak tempoh berkenaan. Ekoran masalah tersebut, surat pemberitahuan telah diedarkan kepada pekerjanya pada 15 Jun lalu dan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kakitangannya khususnya yang setia bersama resort berkenaan sejak ia mula dibuka pada tahun 1985.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati beberapa kakitangan resort berkenaan resah dengan masalah yang dihadapi khususnya mengenai pembayaran gaji yang tidak diterima sejak tiga bulan lalu dan dalam masa yang sama terpaksa menyara perbelanjaan keluarga serta persekolahan anak-anak.Sementara itu, IIUM Holdings Sdn. Bhd.(IIUM), pemaju Tanjung Bidara Beach Resort mengesahkan bahawa pusat peranginan itu berkemungkinan akan ditutup ekoran kerugian yang dialaminya.
kosmo online:
tapi pantai tanjung bidara pun x secantik dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
betul betul. Tg Bidara da x secantik dulu. Ditambah plak ngan kabar angin yang air pantai kat situ x bersih coz tempat pembuangan najis haiwan ternakan berdekatan ngan kawasan tuh. Huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# fluffyneo
tpi tulah sian kt pekerja3 resort tu, ada dh keje berpuluh tahun |
|
|
|
|
|
|
|
gi lah bukak resort kat Pantai Kuala Linggi lak |
|
|
|
|
|
|
|
tok ali gile publisiti
macam artis pulak,bad publisiti pon nk sapu gak
Pembinaan Kilang Vivo Bio Tech Di Rembia
MELAKA DAPAT PERHATIAN DUNIA
AYER KEROH, 25 Jun-'Dear Chief Minister, I am a member The International Promote Protection League. I am concerned about plant to establish Laboratories in the State of Malacca. Please don't do it', Sincerely Ms. Iris S. Carr, 48 Riceville Rd Apt B102 Asheville NC 28805-2151 USA.
Begitulah antara kandungan sepucuk poskad bertarikh 13 Jun 2010 yang diterima oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berikutan pembinaan Projek Makmal Bio-Therapeutic Drug Testing yang dicadang dibangunkan di Rembia bagi menghasilkan produk-produk therapeutic untuk kanser dan diabetes.
Fasa Pertama Projek bernilai kira-kira RM450 juta menerusi kerjasama antara Melaka Biotech Holdings dengan Vivo Bio Tech Limited (India) akan membabitkan pembinaan sebuah makmal untuk membuat penyelidikan kontrak bagi ujian klinikal ke atas ubatan baru iaitu biosimilars therapeutic drugs.
Ujian berkenaan akan dilakukan dalam berbagai bentuk dan ada juga yang memerlukan ujian dibuat ke atas haiwan yang khusus dibiak untuk kajian makmal sahaja. Projek berkenaan juga belum lagi dibangunkan, dijangka dibina dalam tempoh dua tahun lagi.
Manakala bagi Fasa Kedua (dua tahun selepas Fasa Pertama), ianya bakal meliputi fasiliti kilang untuk mengeluarkan produk-produk therapeutuic untuk kanser dan diabetes.
Yang jelas, cadangan pembinaan projek berkenaan telah menarik perhatian banyak pihak termasuk NGO dan masyarakat antarabangsa yang mendakwa sebagai pejuang perlindungan haiwan.
Perkembangan tersebut ternyata telah meletakkan Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO sebagai fokus baru masyarakat dunia, sekaligus melonjakkan populariti Melaka di persada antarabangsa.
Kontroversi yang pada mulanya sengaja dicetuskan oleh NGO tempatan dan dipercayai dinaungi NGO antarabangsa ini sebenarnya telah mempromosikan nama Melaka secara percuma.
Tindak tanduk mereka turut melebarkan lagi publisiti kepada Melaka ke seantero dunia. Inilah sebenarnya hikmah di sebalik pelbagai bantahan yang dilakukan oleh NGO berkenaan yang sengaja cuba mengeksploitasikan isu pembinaan makmal ujian klinikal di Rembia itu.
Sebenarnya kaedah ujian terhadap haiwan telah diguna secara meluas oleh universiti, pusat-pusat pengajian perubatan, syarikat farmaseutikal dan makmal-makmal komersial di seluruh dunia.
Kajian-kajian yang sering dilakukan ke atas haiwan biasanya meliputi bidang-bidang seperti genetik, biologi, biomedikal, ujian ke atas ubat, ujian toksikologi termasuk alat komestik.
Haiwan digunakan untuk memastikan ubat-ubat baru dan lain-lain produk farmaseutikal selamat digunakan oleh manusia, selain memastikan sama ada produk berkenaan berkesan apabila digunakan ke atas manusia serta untuk mengkaji fungsi dan kejadian sesuatu penyakit.
Banyak organisasi antarabangsa telah mengiktiraf pentingnya ujian haiwan serta nilai ujian tersebut kepada manusia.
Dalam bidang penyelidikan perubatan juga, ia telah banyak menyumbang kepada usaha meningkatkan kesihatan manusia.
Contohnya: ubat untuk polio, diabetes , kanser, teknik-teknik perubatan, pembedahan seperti pembedahan jantung, hati dan sebagainya, tidak akan dapat diwujudkan jika tidak diuji ke atas haiwan.
Dalam populasi dunia sekarang terdapat banyak kes penyakit-penyakit baru yang memerlukan ubat-ubatan serta teknik perubatan yang baru.
Antaranya, Pertama: Menghasilkan ubat untuk teknik perubatan baru bagi merawat penyakit manusia. Kedua: Ubat-ubat dapat diuji tentang kesan sampingan yang memudaratkan manusia. Ketiga: Ubat yang mempunyai risiko kesan sampingan akan diperbaiki supaya lebih selamat. Keempat: Menghasilkan teknik therapi baru, contohnya pemindahan organ, pemindahan darah, chemotherapy, insulin treatment dan vaksin polio.
Tindak-tanduk NGO antarabangsa yang memprotes cadangan pembinaan Makmal Bio-Therapeutuic Drugs Testing di Rembia, ternyata tidak berasas dan sarat dengan muslihatnya tersendiri kerana di seluruh dunia kini terdapat beberapa makmal ujian haiwan seperti Institute for Laboratory Animal Research; New Jersey Association of Biomedical Research; Abbot Laboratories; Glaxosmithkline Inc; Merck & Co Inc serta Merck Research Laboratories, Boston.
Apa pun bantahan dan protes yang dilontarkan, namun Kerajaan negeri diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tetap berpendirian teguh bahwa projek berkenaan adalah untuk manfaat manusia sejagat kerana ianya akan dibangunkan secara telus mengikut piawaian antarabangsa dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
Pelbagai manfaat bakal wujud di sebalik pembinaan projek tersebut. Selain dari memperolehi kepakaran baru, tidak mustahil Melaka bakal muncul sebagai pengeluar vaksin diabetes dan kanser tersohor di dunia.
Mungkin, inilah antara sebab yang mencetuskan kecurigaan di kalangan NGO antarabangsa dan tempatan menerusi protes yang disuarakan berasaskan sebab yang terlalu dangkal kononnya kita akan jadi tempat menganiaya haiwan! |
|
|
|
|
|
|
|
[PENDAPAT] Wings Air beroperasi setiap hari laluan Pekan Baru-Melaka
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 23:25
MELAKA 9 Julai - Syarikat penerbangan tambang murah milik Indonesia, Wings Air telah memulakan penerbangan berjadual setiap hari bagi laluan Pekan Baru-Melaka mulai hari ini.
Perkembangan terbaru itu menjadikan Wings Air yang dimiliki Lion Air Indonesia itu sebagai syarikat penerbangan kedua menyediakan penerbangan bagi laluan Pekan Baru-Melaka selepas Riau Air memulakannya beberapa tahun lalu.
Penerbangan pertama Wings Air menggunakan pesawat yang boleh membawa 72 penumpang itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini kira-kira pukul 12.55 tengah hari ini.
Ketibaan 60 penumpang dari Pekan Baru, Indonesia menaiki pesawat jenis ATR72- 500 itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Hal Ehwal Negeri, Datuk R. Perumal.
Turut sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seet Har Cheow serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Datuk Zulkifli Mohamad.
Menurut Perumal, dengan adanya Wings Air, ia dapat membantu menampung kunjungan kira-kira 3,000 pelancong kesihatan ke negeri ini dalam tempoh sebulan selain meningkatkan lagi angka itu.
"Saya diberitahu, Wings Air menyediakan penerbangan setiap hari dengan masa ketibaan di LTAM pada pukul 12.15 tengah hari dan bertolak semula ke Pekan Baru pada pukul 12.45 tengah hari.
"Ini memberi pilihan kepada pelancong kerana Riau Air menyediakan laluan penerbangan yang sama tetapi masa lebih awal iaitu ketibaan pada pukul 8.20 pagi dan berlepas pada pukul 9.45 pagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, bagi penerbangan sehala ke Melaka-Pekan Baru, Wings Air mengenakan tambang RM221 manakala bagi perjalanan dua hala, caj dikenakan adalah RM377.
Menurut beliau, untuk perancangan jangka panjang, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Wings Air untuk menambah laluan penerbangan mereka.
"Laluan Pekan Baru-Melaka ini cuma permulaan dan kita akan berbincang untuk menambah laluan ke destinasi-destinasi lain seperti Medan dan Padang di Sumatera, Indonesia," katanya.
Dalam perkembangan sama, Perumal berkata, pihaknya juga sedang mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan untuk memulakan perkhidmatan penerbangan domestik seperti ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Kuala Terengganu.
pas nie leh pergi pekan baru naik flight |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by masuco at 17-7-2010 17:00
Angkara dendam
BUKIT BERUANG - Empat kenderaan termasuk sebuah lori ditemui dibakar dalam tempoh sejam di tiga kejadian berasingan dekat Selandar, Jasin, awal pagi Rabu lalu.
Daripada empat kenderaan itu, tiga merupakan kereta jenis Perodua Kancil yang digunakan untuk kelas memandu, manakala lori terbabit belum diketahui kaitannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, polis menerima panggilan mengenai sebuah lori jenis Eno ditemui terbakar di bahagian tempat duduk dan bahagian hadapan lori, di pekan Selandar, di sini.
Antara jam 1 hingga 2 pagi pula, katanya, dua buah Perodua Kancil milik sebuah sekolah memandu di Kampung Bukit Katong, dekat sini pula terbakar.
Manakala, sebuah lagi kereta juga jenis Perodua Kancil yang juga digunakan untuk kelas memandu ditemui terbakar di hadapan rumah pemilik sekolah memandu tersebut di Selandar, kira-kira jam 1 pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau leh wat yg domestik nye, best la skit. Tak yah jauh2 nak gi KLIA |
|
|
|
|
|
|
|
Ade ape yg best kat pekan baru ni ye? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dah ada competitor... dulu RAL (Riau Airlines) je. mahal sikit tambangnye...
dah la foker je.. bergegar... |
|
|
|
|
|
|
|
[PERBINCANGAN] Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabtu Ini
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 00:16
Melaka 18 Julai- Mereka yang masih mencari peluang pekerjaandipelawa mengisi kira-kira 5,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektorsempena Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2011 di sini pada 23 hingga 24Julai ini.
Pengerusi sekteriat karnival, Nazir Hussin Akhtar berkata,sebanyak 100 syarikat dari Kuala Lumpur dan Melaka akan mengambil bahagiandalam karnival 3 hari itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.
“Di Melaka sahaja, sebanyak 3,800 peluang pekerjaanditawarkan dengan 300 daripdanya bagi jawatan jurutera manakala 1,200 lagijawatan kosong untuk mereka yang ingin bekerja di ibu negara” katanya di sinihari ini.
Karnival itu menawrkan pekerjaan di pelbagai peringkatjawatan dan kelulusan bermula sijil pelajaran malaysia
sehingga kepada lepasan universiti....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oooooooooooooo.bagos ni.tapi nape tak nmpk pon banner promot benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# puccafan
baca kt paper tdi... cari kt on9 x jumpa so taip jelah |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.tengs for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# puccafan
welcome... sharing is caring |
|
|
|
|
|
|
|
tq sbb share cik bk... |
|
|
|
|
|
|
|
welcome... up sikit thread nie |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|