View: 4552|Reply: 10
|
Update Jenayah Di Putrajaya
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by cm_gagahperkasa at 18-4-2010 21:58
ada sesiapa yg ada cerita atau dengar kesah2 Jenayah di sekitar Putrajaya
silalah update dan berkongsi akan kesah2 yang telah berlaku.
seperti di Presint mana
siapa penjenayah tu Indon ke Bangla ke Kelling ke dan sebagainya
Kes rogol ke
kes Ragut ke
Rompakan ke
curi ke
Kes rasuah ke
Khalwat ke
larikan bini /laki org ke
dan seangkatan dengannya
|
|
|
|
|
|
|
|
terpasaksalah aku tempek dulu
WARGA PUTRAJAYA KURANG MUAFAKAT 18-April -2005
Indeks jenayah Putrajaya meningkat 108 peratus tahun lalu! Mungkin ramai tidak percaya peningkatan indeks jenayah lebih sekali ganda di pusat pentadbiran kerajaan yang menjadi kemegahan negara itu.
Tetapi, itulah hakikatnya. Indeks jenayah tahun lalu meningkat kepada 394 kes berbanding 189 kes pada 2003.
Peningkatan jenayah di sebuah pusat pentadbiran yang rata-rata warganya menikmati kemudahan bertaraf dunia, begitu menyedihkan dan menunjukkan seolah-olah warga Putrajaya 'kurang' semangat muafakat dan kejiranan.
Jika dianalisis kes jenayah yang dilaporkan, sebanyak 93 peratus atau 368 kes adalah jenayah harta benda iaitu pecah rumah dan curi termasuk di tapak projek. Hanya tujuh peratus atau 26 kes jenayah keganasan.
Sebenarnya, jenayah harta benda seperti curi dan pecah rumah bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Ia boleh dihindari sekiranya penduduk bekerjasama, bermuafakat dan tolong-menolong.
Walaupun kes yang dilaporkan membabaitkan kerugian kecil, sekadar kehilangan seringgit dua, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk masyarakat terutama ibu bapa bersikap 'tak apa'.
Bagi polis, walaupun seringgit dua yang hilang, ia tetap menjadi kes dan termasuk dalam indeks jenayah.
Kejadian sebegini perlu dibanteras pada peringkat awal bagi mengelak ia menjadi tidak terkawal pada masa depan.
Warga Putrajaya yang kini berjumlah kira-kira 52,000 orang tidak boleh mengharapkan kira-kira 400 pegawai dan anggota polis untuk menjaga setiap inci rumah dan harta mereka. Warga Putrajaya mesti mempunyai kesedaran menjaga harta masing-masing.
Sebagai langkah memupuk kesedaran warga Putrajaya ke arah berganding bahu membanteras jenayah, polis melancarkan Rakan Cop yang disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad di Alamanda Putrajaya, baru-baru ini.
Menerusi Rakan Cop, orang ramai boleh membantu membanteras jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis menerusi talian hotline 03-21159999 atau menghantar pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.
Isa berkata, Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikannya membuat keputusan melancarkan Rakan Cop di Putrajaya selepas mendapati peningkatan kes jenayah yang membimbangkan itu.
"Walaupun semua warga Putrajaya hidup selesa berbanding di tempat lain, masih ada segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini perlu dibendung kerana kita tidak mahu kumpulan kecil itu mempengaruhi kumpulan yang besar.
"Sebab itu kita melancarkan Rakan Cop supaya semua penduduk bekerjasama dan menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa," katanya ketika melancarkan program itu.
Isa berkata, Rakan Cop adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni serta pengantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat.
Katanya, pendekatan yang dilaksanakan itu akan menggalakkan pembabitan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.
"Kejayaan Rakan Cop sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih konduksif dan selamat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, SUPT Mohd Khalil Kadir Mohd, berkata pihaknya memang memerlukan sokongan dan maklumat daripada orang ramai bagi membanteras kegiatan jenayah di Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya, polis akan mengadakan perjumpaan dengan 49 pengerusi persatuan penduduk bagi membincangkan lebih lanjut peranan yang boleh dimainkan orang ramai menerusi Rakan Cop.
"Walaupun kita tidak menetapkan sasaran bilangan ahli Rakan Cop, kita berharap masyarakat akan memberi kerjasama untuk menjaga kepentingan bersama," katanya sambil menambah bukan ahli juga boleh menyalurkan maklumat. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku selalu dengar ialah kes pecah rumah..penjenayahnya budak2 yang tinggal diarea sana juga |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada pengalaman. masa tu tahun hujung tahun 2004, lepas raya puasa dan mmg tgh hangat dgn kes pecah rumah.
dorang wat keje tu waktu org sedang bekerja. mcm biasalah ktorg balik keje kul 5 lebih.
bila masuk rumah mmg tak ada apa2 tp bila masuk bilik aje aku tgk almari baju aku dah terbukak, baju2 kat dlm tu semua bersepah2 berterabur. Bila aku check, sampul duit raya anak aku yg aku sorok bawah baju abis terkeluar semua. Sib baik yg tu sampul duit raya yg dia dpt bila dah balik cni sbb duit yg awal2 aku dah simpan.
Pas2 yg sedihnya cincin risik, cincin tunang ngan subang yg aku beli pakai duit hantaran aku pun hilang hu3. Sampai skrg ntah apa sudahnya ngan report ktorg .. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tahu...bnyk kes curi kereta ngn pecah kereta kt putrajaya ni |
|
|
|
|
|
|
|
hai mcm takde jenayah je kat Ptrjaya ni
takde atau memang malas nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu lepas...
anak kat sek. men pcnt 14.
Dia kata time masuk Lab...
bila balik banyak Beg kena geledah... Nasib tak baik dia bawak Handphone... Kena la curik...
kawan-kawan ada hilang singgit, 2 hinggit.. 20 hinggit pun ada...
Ni budak2 sekolah tu gak la agaknya tengah belajar buat jenayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kaw pcnt 14 gak... jadi ujung2 tahun lepas...
pecah rumah. pencurik potong telinga besi grill tmpat sangkut mangga....
siang pulak tu....
jiran aku dia sempat potong telinga grill sebelah je.. nasib ada orang nampak...
3 rumah yg aku tau! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan masalah tempat tapi sikap rakyat malaysia kalau dah suka mencuri walau mcm mane bagus pun security tetap kene juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi berita terbaru. Semalam ada kecurian kat appartment pcnt 14.. siang.. tuan rumah simpan kunci dalam kasut... apa lagi.. habis laptop., tabung...
YaAllah.. Selamatkan lah keluargaku dan rumahku dari jadi mangsa pencuri durjana.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tinggal di putajaya setakat ne p11 terkawal..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|