x pernah terpk pasal tukar nama.
ni midar amik dr web jpn
Pindaan Butiran in
Melibatkan proses pindaan atau pembetulan maklumat di dalam Kad Pengenalan seperti nama, tarikh lahir dan agama. SYARAT PERMOHONAN PROSEDUR PERMOHONAN Pemohon dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal dan salinan) :
Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, akuan hendaklah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga).
Kad Pengenalan.
Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / PengesahanTaraf Warganegara / Borang Warganegara / Permit Masuk (yang manaberkaitan).
Salinan Dokumen Pengenalan Diri Ibu / Bapa / Penjaga bagi pemohonyang berumur di bawah 18 tahun (salinan Kad Pengenalan atau DokumenPengenalan Sementara).
Pasport (jika ada).
Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti :
Kad Memeluk Agama Islam bagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau mengekalkan nama asal.
Perintah Mahkamah Syariah / Pengesahan Majlis atau Jabatan AgamaIslam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukanIslam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam.
Sijil Baptisma / Surat pengesahan memeluk agama Buddha / Hindu /Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama.Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran “A” di kaunterdan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumensokongan seperti di atas.
Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonanuntuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin denganwarganegara asing sahaja.
Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK Makluman: Mengikut Peraturan 14 (1) & (2),Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orangyang memohon untuk menukar namanya atau membetulkan butir-butir KadPengenalan selain daripada alamatnya hendaklah dengan segera memohongantian Kad Pengenalan. |