|
Jangan marah arrrrr lelaki2 hebat di CARI nie yerr....
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, sila baca sampai habis.......
LELAKI ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. KENAPA????
1) Kucing jantan suka dibelai
--> Ya. Memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira laa awek ker, isteri ker, ibu ker... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi, berlembutlah dgn lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
--> Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham2 ajelah... Bukan setakat makanan sehariannyer ajer yg perlu dijaga, "makanan" batinnyer juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minum org laki nie sebaiknyer.
Seorang suami suka masakan isterunyer. Kepada yg bertitle 'gilrfriend', sila2 laaa belajar memasak dr sekarang. Yang bertitle isteri pulak, masaklah utk suami jika tak nak suami carik lain. Kalo tak tau, belajar. Tak sia2 kalo tambah ilmu rumahtangga nie.
3) Kucing jantan kuat tidur
--> Lelaki memang kuat tidur (jarang laaa yg x suke tdo nie). Oleh itu, bagilah peluang kpd lelaki utk tidur sekucupnyer. Jika tidak, ada yg akan mengamuk lebih teruk lagi, jadi seperti kucing, dia tak akan mengamuk tapi akan beralih tempat tidur.
Nak ker suami korg beralih tempat tidur??? So, jgn kaco time suami tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
--> Lelaki juga sama spt kucing (selalunyer lah). Mereka gemar merayap & melepak dgn kawan2 (nie tak sama dgn kucing), tetapi sebagai penjaga kucing, selalunyer kita akan melepaskan kucing kite keluar, kerana kita tau dia akan pulang sendiri. Begitu juga lelaki.
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunyer kita akan mengurungnyer dalam sangkar kan? Cube kite lepaskan dia, KOMPOM dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannyer, janganlah 'kurung' lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
--> Sama mcm lelaki, ada lelaki tastenyer camni... Ada lelaki tastenyer camtu... Kite kene paham taste lelaki itu dahulu, sblm kite ada satu relationship dgn dia. Kite kene saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
--> Ermmmm....ni memang sangat2 betul! Lelaki nie memang pantang dipaksa. Dia pakse tak pe (tengok kucing, dia akan mengeow kat tuan dia selagi tak dpt makanan). Macam kucing, kite takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dgn paksarela. Nanti kene cakar babe!
Janganlah paksa lelaki yerr... Bagi dia space dia tp dalam pd masa yg sama, pantau. Jangan sampai dia main kayu 3,4,5 plak...
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
--> Kalo kucing suker lihat benda2 pelik dan lari utk memegangnyer, samalah dgn lelaki. Mereka suka mencuba benda baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Contohnyer, Mat Gian, lebih 85% adalah kaum lelaki. Lelaki nie kan ader otak.... Lu pikirlah sendirik mana yg baik, mana yg buruk...
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
--> Ini selalu dlm kes lelaki samseng laa ataupon Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka.Biasalah lelaki nie mseti nak jugak tunjuk ego dia kannn?
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kt tuannyer/org sekeliling
--> Kucing juge ader ego mereka. Tengok kalo kite panggil dia,"meow, meow meh sini" (kalo time tak lapar). mampus lah dia nak dtg kt kite. Lainlah kalo memang kucing tu jenis dgr kata/educated. Kalo kite kejar, dia lari. Sama laaa mcm lelaki jugak...Makin kite kejar, makin dia lari dr kite. Nama pon lelaki, mereka takkan tunduk, lebih2 lagi pd perempuan. SO, gunalah cara yg sesuai utk lembutkan hati mereka. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
--> Kalo nk ikutkan, tak berapa nak sama tp ada persamaan! Kajian berdasarkan majalah CLEO (thn biler tah...), lelaki takkan kahwin dgn girlfriend pertama dia (secara spesifiknyer, bukan cinta pertama tau...tp gf pertama dia).. Begitu juger dgn lelaki moden (of koz), tak kan berkahwin dgn 1st gf dia. TAPI, ada jer lelaki yg memang setia pd yg satu & bukan jenis tukar2 gf/isteri (yang nie mmg tak ikut perangai kucing laaa....)
Sekian. Mende nie nmpk mcm suke2 tp ada faktanyer tawww... Jangan marah yerrr org laki.... Fikir2kan & selamat beramal.... |
|