View: 4179|Reply: 0
|
Ada Rumah di Sekyen 15 Bandar Baru Bangi (BBB)?
[Copy link]
|
|
Forumer semua,
Assalammu'alaikum & salam sejahtera semua,
Siapa kat sini ada membeli rumah Garden Homes di seksyen 15 BBB? Aku di maklumkan rumah2 tu sedang dalam pembinaan. Ada yang tawarkan untuk beli rumah tu (atas tangan orang le..) sebab jika tanya kat 'developer', semua rumah2 tu dah habis di jual(sold out!!). Aku dah pegi tinjau kawasan tu. Ada beberapa kemusykilan:
(1) Aku di maklumkan yg rumah2 tu di dirikan di atas tapak bekas pembentungan najis- dan baunya agak 'semerbak ' sekitar kawasan tu. Macam mana ya? Adakah keadaan ini sementara sahaja(sementara proses menimbus & membuat pembentungan mekanikal siap..) atau ada kemungkinan keadaan ini akan berpanjangan?
(2) Belakang kawasan perumahan ini(yg akan di bina tembok) ada sungai yg besar- dekat dengan seksyen 14 dan mengadap UKM sebenarnya.. OK ke ada sungai besar tu? Selamat ke struktur tanah nya ya?
(3) Kawasan ini bersebelahan dengan bulatan ke tol lebuh raya Utara-Selatan? Sesak tak nanti kawasan tu ya? Sebab sekarang ni agak sesak waktu2 puncak(peak hours).. Aku di maklumkan yg jln alternatif akan di bina dri kwsan perumahan ini ke bulatan tersebut (macam jln pintas)..
(4)Agak2 hartanah di kawasan ni nilainya akan meningkat tak pada masa hadapan... Aku di fahamkan rumah berkembar nya je - rega 'developer' lah - setengah juta (RM500k +++), rumah teres dua tingkat lak RM200k ke RM300k...tapi bila beli atas tangan ni rasanya akan naik 50% mungkin... tak tau macam mana nak anggar sebenarnya.. Nak tanya siapa ya? Nak 'survey' kat mana selain drpd professional valuer? Ada ke jabatan2 kerajaan/ NGO/ lain2 pertubuhan atau agensi2 yg beri khidmat nasihat ni dgn bayaran minima ataupun secara percuma?
Terima kasih di atas sumbangan semua. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|