CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6564|Reply: 15

Tan Sri Muhammad Ali Hashim bersara

[Copy link]
Post time 13-7-2010 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shahreen at 13-7-2010 08:16

Oleh Johan Afandi
[email protected]
2010/07/13
MUHAMMAD ALI bersama ahli lembaga pengarah kumpulan JCorp pada sidang media, semalam.

Hantar notis kosongkan jawatan dalam kumpulan JCorp

PRESIDEN dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Bhd (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mengesahkan sudah menghantar notis mengenai hasratnya untuk mengosongkan jawatannya dalam kumpulan itu menjelang akhir tahun ini.
Tokoh korporat yang berusia 63 tahun itu berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkannya memberikan tumpuan kepada keluarga selain berehat selepas hampir 30 tahun berkhidmat dalam JCorp.

Pengumuman semalam itu juga mengakhiri spekulasi bahawa beliau akan bersara daripada syarikat milik kerajaan negeri Johor itu.

Difahamkan Muhammad Ali yang menjadi Presiden kedua JCorp selepas mengambil alih kepemimpinan daripada Tan Sri Basir Ismail pada 1982, secara peribadi memutuskan untuk menyerahkan notis bertarikh 1 Julai itu sebelum kontraknya tamat pada akhir tahun ini.

Pada sidang media bagi mengumumkan prestasi kewangan JCorp tahunan di Johor Bahru, semalam, Muhammad Ali turut mencadang kepada kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan, nama lima individu yang dirasakan berupaya mengisi jawatan itu.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap lima individu yang saya sendiri cadangkan untuk mengambilalih kepemimpinan JCorp. Saya sudah menghantar notis supaya kerajaan tidak menyambung lagi kontrak saya selepas ini,” katanya.
Lima nama yang dicadangkan ialah Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datin Paduka Siti Saadiah SH Bakir; Pengarah Urusan Kulim (M) Bhd, Ahamad Mohamad; Pengarah Urusan QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, Jamaludin Md Ali; Naib Presiden Kanan JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengarah Urusan Sindora Bhd, Rozan Mohd Saat.

Calon berkenaan, kata Muhammad Ali, adalah pegawai kanan JCorp yang sudah berkhidmat lebih 25 tahun dalam syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sumber industri tidak menolak kemungkinan jawatan berkenaan bakal diberi kepada tokoh luar daripada kumpulan itu.

“Penggantinya adalah tidak semestinya, individu ataupun ketua korporat daripada syarikat dalam kumpulan JCorp. Ada kemungkinan jawatan itu bakal diisi oleh tokoh pengurusan luar termasuk daripada syarikat dan agensi pelaburan termasuk berkaitan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan Johor akan bankrap berikutan JCorp gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM3.8 bilion menjelang 2012, Muhammad Ali berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana JCorp memiliki modal pasaran yang mantap dan kekal menjana keuntungan pada peringkat tahunan.

“Nilai modal pasaran berdasarkan harga penutupan dagangan pada 31 Disember lalu untuk lapan syarikat dalam Kumpulan JCorp berjumlah RM10.4 bilion.

“Malah, pada tahun kewangan 2009, kumpulan JCorp mencatat keuntungan sebelum cukai serta zakat kumpulan sebanyak RM670 juta berbanding RM660 juta pada 2008 dan ia adalah kenaikan sebanyak RM10 juta atau 1.5 peratus,"” katanya.

“Kalau jual semua aset, JCorp mampu untuk membayar hutang dan tidak akan bankrap, jadi tidak timbul isu kerajaan Johor bankrap kerana Jcorp mempunyai cukup nilai dan harta, katanya.


Mod kalo dh ada thread ni merge je ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2010 07:59 AM | Show all posts
JCorp untung RM670 juta pada 2009
JOHOR BAHRU 12 Julai - Kumpulan Johor Corporation Bhd. (JCorp) mencatatkan keuntungan sebanyak RM670 juta pada 2009 berbanding RM660 juta pada tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, peningkatan RM10 juta atau dua peratus itu kebanyakannya disumbangkan daripada tiga anak syarikatnya.

"Antara anak syarikat yang memberi sumbangan iaitu keuntungan sebelum cukai ialah Kumpulan Kulim (Malaysia) Berhad sebanyak RM522 juta, Kumpulan KPJ Healthcare Berhad (RM144juta) dan Kumpulan KFC Holdings (Malaysia) Berhad (RM230 juta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai prestasi dan pencapaian kewangan JCorp 2009 di Persada Johor, di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata, keuntungan tersebut adalah berdasarkan jumlah jualan kumpulan itu yang mencatatkan RM8.2 bilion berbeza dengan RM6.3 bilion sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, pendapatan beberapa anak syarikat lain mencatatkan penurunan iaitu sebanyak RM562 juta berbanding RM807 juta bagi tempoh yang sama.

Punca penurunan pendapatan itu, katanya, disebabkan kejatuhan harga minyak sawit di pasaran semasa selain beberapa faktor lain.

Beliau memberitahu, sehingga hujung tahun lalu, nilai modal pasaran saham milik lapan anak syarikat JCorps termasuk anak syarikat Kulim ialah RM10.4 bilion.

Nilai berkenaan katanya, meningkat sebanyak 155 peratus daripada RM2.55 sesaham yang dicatatkan pada 31 Disember 2008 kepada RM6.51 sesaham bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, saham Kulim juga mencatatkan peningkatan harga pasaran secara berperingkat daripada RM4.58 sesaham pada 31 Disember 2008 kepada RM7.55 sesaham pada 31 Disember 2009.

Perkembangan yang memberangsangkan itu katanya, menyumbang kepada modal pertumbuhan sebanyak 64.8 peratus.

"Peningkatan harga pasaran Kulim telah berjaya mengatasi indeks komposit dan juga indeks perladangan yang masing-masing mencatatkan sebanyak 45 peratus dan 53.6 peratus," ujarnya.


source: utusan online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 08:00 AM | Show all posts
to tan sri, selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 08:14 AM | Show all posts
walaupun ada bnyk gosip2 psl tan sri tp pd aku dia ttp bnyk beri sumbangan kpd rakyat johor
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:08 AM | Show all posts
saperla agaknya jd ceo jcorp lps ni.....harap2 biarla org yg biznes minded gak yg dilantik... kang lantik yg bkn2 abis lingkup dibuatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:44 AM | Show all posts
goodbye my boss.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 10:48 AM | Show all posts
kasi anak johor yg betul2 layakla sbg pengganti....bukan org yg sedia ada tu...spt yg dicalonkan oleh tan sri...aku tak nampak rekod cemerlang diorg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:30 AM | Show all posts
5 senarai yg dicalonkan tu cuma sorg je yg nama aku pnh dgr yg nama jamaludin md ali tu...tu pn sbb MD kfc tu slalu kuar paper...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 10:21 AM | Show all posts
kasi anak johor yg betul2 layakla sbg pengganti....bukan org yg sedia ada tu...spt yg dicalonkan ole ...
pisang69 Post at 13-7-2010 10:48



   
contohnya sape antara yang tercalon yang ko rasa x betul2 layak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 04:09 PM | Show all posts
bg chance org lain plak pegang kfc & pizza hut
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by alysa79 at 28-7-2010 11:14

apa2 pon tggu jer.. MB dan Sultan Johor pilih siapa yg layak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 07:38 AM | Show all posts
bila diorg nk umum presiden dgn ceo jcorp br?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 03:57 PM | Show all posts
tunggu jela pengumuman nt....nak baca lanjut pasal info terkini tan sri Ali...
klik sini www.businessjihad.com..aku salah sorg admin blog tan sri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 06:23 PM | Show all posts
tunggu jela pengumuman nt....nak baca lanjut pasal info terkini tan sri Ali...
klik sini ..aku sala ...
pisang69 Post at 29-7-2010 03:57 PM



blog dia tu kan skali dgn citer jcorp. so la ni dia dh bersara still guna blog tuh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:11 AM | Show all posts
Reply 15# shahreen

blog personal tu...tp x taula mcmana....ikut ihsan budibicara pengurusan baru Jcorp nak bg ke tak...

apapun ...Tan Sri dah letak jawatan... ...farewell my boss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.827922 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list