|
Dlm Dewan Kosmik Jun2010 ada satu artikel yang menarik iaitu:
Budu Sebagai Kosmetik
Kandungan Dewan Kosmik, Jun 2010
Fokus:
Budu Sebagai Kosmetik: Wawancara Bersama Puan Hamidah Sidek, Penyelidik Kanan Kumpulan Bioproses, Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian, SIRIM Berhad. Budu: Satu Transformasi oleh Fisal Ahmad, Pensyarah Fakulti Argoteknologi dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu |
|
|
|
|
|
|
|
ado sapo2 ado full article?
dop gatal ko muko tepek budu mmuko? |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada majalah tu..
dlm proses penghasilan produk tu, mereka juga mengadakan pelbagai ujian spt ujian keselamatan & keberkesanan produk |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kertasputih at 18-7-2010 18:35
MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.
Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.
Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?
Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.
Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.
Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.
"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.
"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.
Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.
Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.
Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.
Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.
Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.
Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.
Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.
"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.
"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.
"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.
"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.
"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.
Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.
Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.
"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.
"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.
Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.
Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.
"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.
"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
budu jd kosmetik |
|
|
|
|
|
|
|
budu mesti ada khasiat dia kot.....
budu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
budu oh budu. walaupun mata / idung / telinga gatal pah makang budu. budu tetap idaman hati. tapi bleh ke budu dijadikan kosmetik ? sedangkan budu salah satu boleh menyebabkan resdung |
|
|
|
|
|
|
|
budu oh budu. walaupun mata / idung / telinga gatal pah makang budu. budu tetap idaman hati. tapi bleh ke budu dijadikan kosmetik ? sedangkan budu salah satu boleh menyebabkan resdungputeri_has Post at 28-7-2010 16:55
budu penyebab resdung???
setakat ini tiada bukti saintifik yang mengatakan budu sebagai punca sakit resdung.
ianya lebih kpd kepercayaan semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
memang xde bukti, tp bg yg ada resdung .. mkn je, ada allegik,gatal2 |
|
|
|
|
|
|
|
memang xde bukti, tp bg yg ada resdung .. mkn je, ada allegik,gatal2
puteri_has Post at 31-7-2010 20:29
hhmmm ..... saya ni antara pengidap sakit resdung yang teruk kat muka, mata, hidung & telinga..
kalau saya makan budu, tak de lah rasa apa2...biasa aje
tapi kalau hari sejuk atau terkena habuk @ debu...saya akan bersin x berhenti-henti dan hidung jadi gatal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bedak sejuk pun sama gak cara pembuatannya, diperam selama bertahun-tahun. Budu yang dibuat dengan bersih takkan allergic, yang allergic tu pada seafood. |
|
|
|
|
|
|
|
salam, selamat berpuasa pada umat islam |
|
|
|
|
|
|
|
best bukok poso cicoh budo nih...haaha btl ko budo buleh jd facial mask... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|