Post Last Edit by renjer at 7-8-2010 23:33
Cuma nak berkongsi pendapat, selain KFC yang menjual ayam goreng sudah terbukti status halalnya tapi kedai2 makan lain seperti papa rich apakah statusnya kepada orang islam selain dari mana bekalan ayam tersebut diambil.Siapakah suppliernya..
Di bawah ada beberapa bukti untuk dikongsikan bersama:
![](http://i143.photobucket.com/albums/r153/totin019/qww.jpg)
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi tandatanya tanpa noktah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
![](http://i143.photobucket.com/albums/r153/totin019/securedownload111.jpg)
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
![](http://i143.photobucket.com/albums/r153/totin019/ccc.jpg)
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
![](http://i143.photobucket.com/albums/r153/totin019/swww.jpg)
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
Quote: | Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. |
|