CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sarawak] Muzium Budaya Borneo dibuka kepada umum pada suku pertama 2022

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Bangie menyampaikan cenderahati kepada Abdul Karim sambil disaksikan yang lain. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Muzium Budaya Borneo yang baharu dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku pertama tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil menambah, muzium berkenaan sepatutnya dibuka kepada umum pada hujung tahun lalu bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19, rancangan itu terpaksa ditangguhkan.

Beliau menambah, majlis perasmian muzium itu wajar diadakan secara besar-besaran supaya lebih ramai pengunjung boleh datang.

Selain itu beliau berkata, sedikit masa diperlukan untuk membuka muzium itu kepada orang ramai kerana ia perlu dipenuhi artifak-artifak serta spesimen-spesimen.

"Pandemik COVID-19(seperti kita sedia maklum) telah menyebabkan proses pembukaan Muzium Budaya Borneo agak lambat kerana mereka yang terlibat dalam prosesnya ini tidak hanya dari Sarawak tetapi luar Sarawak.

"Kita di peringkat akhir untuk membuka Muzium Budaya Borneo. Kita juga masih menunggu tarikh daripada pihak berkuasa lebih tinggi," katanya pada satu sidang media malam Ahad selepas menghadiri pertunjukkan fesyen sempena Minggu Fesyen Tenun 2021 di Old Courrthouse, di sini pada malam Ahad.

Dalam ucapan perasmiannya, Abdul Karim berkata Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dalam proses meneliti pemberian geran serta bantuan kepada industri seni kreatif di Sarawak menerusi Dana Pemudahcaraan Warisan, Seni dan Budaya yang baharu diumumkan.

Beliau berkata dana yang bernilai RM10 juta itu adalah yang pertama diperuntukkan kepada kementeriannya dan akan dilaksanakan tahun hadapan.

"Kita akan melihat bagaimana dana ini akan diagihkan dan siapa yang layak memohon. Kita masih meneliti perkara ini keraja ia baharu sahaja diumumkan oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) ketika mengumumkan Belanjawan Negeri 2022 baru-baru ini.

"Penubuhan dana ini menunjukkan kerajaan negeri mengambil berat serta menyokong warisan, seni dan budaya dengan menyediakan peruntukan untuk industri ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim berkata kerajaan negeri mencari cara bagi membantu penenun tradisional di Sarawak untuk menerokai arus perdana serta menyertai fesyen dunia.

"Iban dan Melayu bangga dengan warisan pusaka mereka seperti pua kumbu, songket dan keringkam dan ramai lagi komuniti di negeri ini masih mengggunakan teknik serta peralatan tradisional," katanya.

Mengenai majlis itu, beliau berkata ia merupakan landasan yang baik untuk mempromosikan tekstil tenunan tangan rakyat Sarawak sehubungan itu menggesa penenun mencari cara lebih inovatif mempromisikan hasil kerja tangan mereka.

Pada majlis itu juga, Abdul Karim memuji Guru Tenun Pua Kumbu Bangie Embol dari Rumah Gare Tinggang, di Sungai Kain, Ulu Kapit kerana hasil tenunannya mendapat pengiktirafan dunia.

Bangie telah memimpin rumah panjangnya menerusi ritual dan amalan tenunan pua kumbu dan mencipta pewarna semula jadi daripada tumbuhan-tumbuhan yang diambil dari hutan.


utusanborneo.com.my/2021/10/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.284680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list