CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] 4 Nyawa Pernah Terkorban Di Lombong Emas Haram Di Lahad Datu

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:22 PM | Show all posts |Read mode


Tanda ‘X’ menggunakan kayu di lubang lombong menunjukkan ada kematian pelombong di situ.

LAHAD DATU: Sekurang-kurangnya empat nyawa pernah terkorban di lombong emas haram di Sungai Bole, Hutan Simpan Ulu Segama Malua dekat Lembah Danum yang dibongkar pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) baru-baru ini.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, ia berdasarkan maklumat daripada bekas pelombong bahawa pernah berlaku dua kejadian runtuhan di situ.

Menurutnya, ia menyebabkan pelombong yang bertugas menggali dan mengambil tanah terperangkap.

“Dua pelombong dipercayai tertimbus dan mati dalam lubang lombong terbabit.

“Apa yang kami difahamkan, menjadi adat pelombong supaya tidak membongkar atau mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Sebagai tanda ada pelombong maut di sesuatu kawasan, mereka akan letakkan tanda ‘X’ menggunakan kayu di luar pintu masuk lubang lombong berkenaan,” katanya ketika ditemubual Harian Metro.

Dalam pada itu, beliau berkata, kematian ketiga pula membabit pergaduhan.

“Terdapat satu kematian yang berlaku disebabkan perbalahan sesama mereka dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan pembahagian tugasan.

“Ia terjadi apabila ada pelombong yang marah dengan rakannya yang bekerja di bahagian yang mudah untuk mengambil emas secara diam-diam lalu timbul rasa tidak puas hati antara mereka sehingga bergaduh dalam lubang terowong.

“Seorang kemudiannya terbunuh dan jasadnya juga dikatakan dibiarkan di lombong berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kematian keempat berlaku apabila ada pelombong mati akibat penyakit.

“Ada pelombong terkena malaria dan sebelum sempat dibawa keluar dari hutan simpan berkenaan, dia dilaporkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap dengan penemuan lokasi lombong itu, ia dapat menghentikan kejadian tidak diingini daripada terus berlaku. – HMetro


sabahpost.net/2021/10/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.112017 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list