CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

[Terengganu] 17 nelayan terselamat, bot hampir karam

[Copy link]
Post time 18-10-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
17 nelayan terselamat, bot hampir karam
RUBIAH OMAR | | 18 Oktober 2021


Bot nelayan tempatan tenggelam selepas kesemua krew diselamatkan Maritim Malaysia Zon Kemaman, petang Ahad. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Zon Kemaman


KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman berjaya menyelamatkan sebuah bot yang dinaiki 17 nelayan tempatan daripada karam di muara Kuala Kemaman di sini pada petang Ahad.


Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima aduan orang awam kira-kira jam 5.15 petang yang memaklumkan terdapat sebuah bot nelayan tempatan hampir karam.


Menurutnya, sebuah Bot Penggalang 16 digerakkan ke lokasi bagi menyelamatkan bot berkenaan yang dinaiki 17 nelayan tempatan berusia antara 17 hingga 51 tahun.


"Hasil siasatan awal mendapati bot itu mengalami kebocoran dan hampir karam selepas terlanggar sesuatu di laut," katanya.



Hazrul

Sementara itu, saksi kejadian Hazrul Haziq, 30, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan seorang anak sedang berehat di tepi pantai iaitu kira-kira 300 meter jarak dari lokasi bot tersebut.


"Memang ketika itu, saya nampak sangat jelas kedudukan bot tersebut hampir tenggelam. Tanpa berlengah saya segera menghubungi pihak Maritim Malaysia untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... at-bot-hampir-karam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list