CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 3

[Sarawak] Lelaki cederakan dua wanita direman empat hari

[Copy link]
Post time 19-10-2021 09:33 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencederakan dua orang wanita masing-masing menggunakan satu tin makanan dan kerusi plastik diperintahkan Mahkamah Majistet supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukakan penolong pegawai penyiasat Sarjan Jugol Berindan menerusi aplikasi Zoom.

Dalam permohonannya, Jugol berkata sekitar jam 8.30 malam tadi, seorang suri rumah telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 25, mendakwa sekitar jam 7 malam hari sama, ketika berada di sebuah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir di sini, bapa saudaranya telah bertindak mengetuk bahagian kening sebelah kirinya menggunakan sebuah tin makanan (makanan dalam tin) hingga mengalami kecederaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut bertindak memukul bahagian kepala ibu mentua pengadu menggunakan sebuah kerusi plastik.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9.45 malam tadi (17 Oktober) di sebuah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir, polis telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas satu makanan dalam tin dan sebuah kerusi plastik yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan kedua-dua mangsa dalam kes tersebut.

Dalam permohonan lanjutnya, Jugol berkata reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 37 tahun amat diperlukan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan suspek direman empat hari sehingga 22 Oktober ini.



Oleh Rosemaria Buma



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2021 09:34 AM | Show all posts
masa tengok gambar ja sblom baca berita nya ...

pikir antu menyelit dalam gambar kah...?
sebab ...
yer la ... bila muka d blur kan gtu ... dengan baju nya ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2021 09:35 AM | Show all posts
kerusi plastik dan tin tu pun bergambar gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2021 09:36 AM | Show all posts
apa pula kes kali ni ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049991 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list