CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 1

[Terengganu] Perarakan berbusana Melayu sambut Maulidur Rasul

[Copy link]
Post time 19-10-2021 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Perarakan berbusana Melayu sambut Maulidur Rasul [size=0.8][size=0.9]Zaid Salim
[email protected]


Penduduk di Kampung Pulau Manis, Serada melakukan perarakan dan berselawat bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul. Seramai 100 orang peserta yang lengkap berbusana melayu dan bertanjak menyertai perarakan tersebut sejauh 200 meter itu bermula yang dari Makam Sheikh Abdul Malek dan berakhir di Kalang Warisan. FOTO GHAZALI KORI



Kuala Terengganu: Lebih 100 penduduk Kampung Pulau Manis, Serada, di sini, berarak sejauh 200 meter sempena sambutan Maulidur Rasul dalam suasana norma baharu, hari ini.

Lengkap berbusana Melayu termasuk tanjak, penduduk pelbagai lapisan masyarakat dan usia bersatu berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sepanjang perarakan bermula dari pekarangan Galeri Makam Tok Ku Pulau Manis dan berakhir di Pusat Rekreasi Kalang Warisan.

Ketua Urusetia Program, Mohamad Che Embong berkata, sambutan Maulidur Rasul itu diadakan pada setiap tahun dengan pengisian pelbagai program sampingan seperti kuliah agama, ceramah dan aktiviti lain bagi meriahkan suasana.

"Sudah menjadi tradisi turun-temurun penduduk kampung ini meraikan Maulidur Rasul sejak dahulu lagi dan disambut mengikut kesesuaian keadaan semasa.

"Tahun ini kami mengadakan kelainan iaitu berarak dengan mengenakan busana Melayu dan bertanjak sambil membawa bunga manggar dan pulut kuning.

"Pulut kuning atau 'nasi semangat' adalah sinonim dengan masyarakat Melayu dalam apa jua majlis dan keraian sejak dahulu lagi," katanya.

Beliau berkata, walaupun perarakan dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal, ia tidak menjejaskan langkah peserta untuk menjayakan program itu.

Disiarkan pada: Oktober 19, 2021 @ 3:08pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2021 05:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048512 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list