View: 411|Reply: 0
|
[Sarawak]
RM14 juta diperuntukkan bagi Masjid Baharu Kabong
[Copy link]
|
|
KABONG, 19 Oktober: Sejumlah RM14 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk pembinaan Masjid Baharu Kabong.
ADUN Kabong Mohd Chee Kadir berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut meluluskan RM7 juta bagi Projek Pejabat Daerah yang baharu.
Berucap semasa Majlis Zikir@MauludNabi1443Hijrah dan Majlis Sumbangan Fakir & Asnaf Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah di Masjid Assabirin Kabong hari ini, beliau berkata permohonan bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kabong Fasa 1 bakal dibuka dalam masa terdekat.
Beliau memberitahu sebanyak 50 unit Rumah Mesra Rakyat akan didirikan dan 150 lot tanah juga dibuka kepada pemohon.
Ujarnya, kesemua projek itu diumumkan Datuk Patinggi Abang Johari ketika lawatan kerja ke Kabong pada bulan lepas.
Sementara itu, Mohd Chee Kadir turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 20 asnaf daripada Pihak Jawatankuasa Masjid Assabirin Kabong.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|