CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 1

[Kelantan] RM1 bilion tambah baik infra telekomunikasi di Kelantan

[Copy link]
Post time 20-10-2021 11:37 PM | Show all posts |Read mode
RM1 bilion tambah baik infra telekomunikasi di Kelantan
| | 20 Oktober 2021


Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pelaburan bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.


Melalui perkongsian di Twitter pada Rabu, beliau memaklumkan pelbagai inisiatif baharu telah ditambah menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di negeri berkenaan.


“Jendela di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif baharu melalui pembinaan menara-menara baharu, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat orang asli menggunakan teknologi satelit dan juga pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis,” katanya.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM700 juta menerusi Jendela untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur telekomunikasi di negeri berkenaan bagi menambah baik capaian internet seterusnya memastikan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi lebih baik. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... unikasi-di-Kelantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 06:52 AM | Show all posts
yer lah tu.............cakap senang....4G belum penuh lagi..apatah lagi unifi...tu basic rasanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.529591 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list