CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 1

[Sarawak] Percepatkan projek pembinaan 3,000 kediaman RTO

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Tiong: Percepatkan projek pembinaan 3,000 kediaman RTO


BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) digesa agar mempercepatkan projek pembinaan 3, 000 unit kediaman Skim Sewa Untuk Dimiliki (RTO) bagi menyelesaikan masalah penempatan setinggan di bahagian ini khususnya di Sungai Sibiew, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Melalui perlaksanaan RTO yang lebih komprehensif sebegini akan menyediakan kediaman yang lebih selesa buat penduduk di kawasan setinggan sekaligus menyelesaikan semua isu berbangkit yang melibatkan tanah yang diduduki oleh penduduk di kawasan setinggan terbabit.

"Bagi tujuan sama, saya menyeru Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) supaya menyiapkan pelan penempatan semula penduduk termasuk data dan dana yang diperlukan bagi melancarkan urusan perpindahan penduduk," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Tiong, melalui pogram penempatan semula penduduk yang dirancang ini secara tidak langsung akan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat berbanding kawasan tepi sungai pada masa sekarang yang amat berbahaya serta terdedah kepada risiko banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong berkata bahawa BDA sedang mengadakan perancangan khusus berkaitan pembangunan  Skim Penempatan Semula Kampung Kemunting kerana tapak asal kampung terbabit yang terletak di kawasan rendah berhampiran sungai dan kerap dilanda banjir.

Dalam masa sama jelasnya, perpindahan penduduk di kawasan setinggan di tepi Sungai Sebiew akan memudahkan pengurusan sistem saliran dan perparitan dalam jangka masa panjang.

"Melalui kerja-kerja mendalamkan sungai terbabit sekaligus akan melancarkan lagi aliran air sungai sekaligus meminimakan paras limpahan banjir di kawasan sepanjang sungai sekaligus mempercepatkan aliran air selepas hujan lebat," tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan semua pemaju perumahan dan pusat komersil agar sentiasa menggunakan siatem aliran air dan perparitan yang cukup luas bagi menampung aliran air seterusnya menggelakkan berlakunya banjir kilat pada masa akan datang.

Tiong dalam masa sama memberikan jaminan bahawa kerajaan melalui pihak berwajip akan terus menjalankan kerja-kerja peluasan parit dan sistem perparitan yang lebih baik  dari masa ke masa di bahagian ini bagi melancarkan aliran air serta menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap melanda bahagian ini sebagaimana sebelum ini.


utusanborneo.com.my/2021/10/23



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 11:14 PM | Show all posts
teringat dulu company kawan ada projek rumah kontena sementara untuk mangsa banjir
dah siap 50% last kene cantas dengan YB situ
padahal semua permohonan dah buat dan dah lulus
YB tu kata tak melalui dia pon, dia tak luluskan
last2 bagi projek tu pada kroni
diorang bayar balik duit modal je itu pon tak dapat full kot
ibarat macam take it or leave it
kesian kawan tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.402645 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list