CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 24/10/2021

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: 754 kes baharu di Sarawak hari ini, 9 kematian dilaporkan

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak kekal tiga angka sejak 17 Oktober 2021 dengan 754 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 236,556 setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada 754 kes baharu dilaporkan hari ini, 222 adalah kategori satu (tiada gejala), 514 pula kategori dua (gejala ringan), empat kategori tiga (jangkitan paru-paru), sembilan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan baki lima kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

JPBNS juga memberitahu Kuching terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 213 diikuti Miri (124), Sibu (78), Bintulu (59), Lawas (37), Limbang (28), Betonh (22), Sri Aman (21), Mukah (20), Samarahan (16), Serian (16), Pusa (15), Sarikei (11), Kanowit (11), Bau (9), Simunjan (8), Maradon (6), Subis (6), Bukit Mabong (6) dan Marudi (5).

Kes baharu hari ini turut dilaporkan di Daro (5), Pakan (5), Dalat (5), Kapit (4), Kabong (3), Lundu (3), Song (3), Lubok Antu (3), Saratok (2), Asajaya (2), Julau (2), Telang Usan (2) manakala Matu, Belaga, Beluru dan Sebauh masing-masing satu kes, tambahnya.

"Sembilan kes kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 16 hingga 23 Oktober 2021 dengan kesemuanya meninggal dunia di hospital dan mempunyai pelbagai latar belakang penyakit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 Oktober satu kes kematian dilaporkan di Sibu, wanita berumur 82 tahun pada 17 Oktober satu lagi kes direkodkan juga di Sibu dengan wanita berumur 61 tahun.
Dua kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan di Sibu pada 20 Oktober seorang lelaki (72 tahun) dan wanita (82 tahun).

"Dua lagi kematian dilaporkan pada 21 Oktober, satu kes masing-masing di Miri dan Kuching seorang wanita (89 tahun) dan lelaki (65 tahun). Pada 22 Oktober satu kematian masing-masing direkodkan di Bintulu dan Miri.

"Manakala pada 23 Oktober, Samarahan merekodkan satu kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19, wanita berumur 42 tahun," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, JPBNS memaklumkan setakat ini terdapat 38  kluster COVID-19 aktif di Sarawak setelah Kluster Pusat Kemuyang Timur, Sibu dan Kluster Haidah, Bintulu diisytiharkan tamat hari ini.

Sementara itu katanya pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas Rh. Achai, Ulu Awik, Sarawak (25 Oktober- 4 November 2021) manakala PKPD di Depo Tahanan Imigresen, Bekenu, Subis dilanjutkan untuk sembilan hari lagi (23- 30 Oktober 2021).

"PKPD di dua lokaliti iaitu Rh. Nimong, Empelanjau Baru, Pantu dan Rh. Victoria, Rampu Wie di Sri Aman, diisytiharkan tamat hari ini," tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/10/24




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2021 08:09 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.553276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list