CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 3

[Terengganu] Terengganu perketat kelulusan lesen korek pasir

[Copy link]
Post time 26-10-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU – Syarat kelulusan pemberian lesen kepada aktiviti mengorek pasir di Sungai Terengganu akan diperketatkan bermula tahun depan bagi mengelak masalah paip bocor dan patah hingga menjejaskan pengguna berulang.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu kelulusan lesen korek pasir itu kini sedang dirancang dan diperhalusi oleh semua jabatan terlibat.

Menurut beliau yang mempengerusikan jawatankuasa khas siasatan paip bocor, SOP baharu lebih teliti dan ketat merupakan antara yang disyorkan oleh jawatankuasa itu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) selepas siasatan selesai.

“Laporan siasatan sudah dikemukakan kepada MKKN pada bulan lepas dan kita membuat beberapa pengesyoran jangka masa pendek serta panjang dan MKKN telah bersetuju dengan pengesyoran kita.

“Antaranya pemetaan struktur bawah air sebagaimana disebut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, garis panduan baharu mengorek pasir dan kajian tahap kesihatan lembangan sungai Terengganu,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Tun Ahmad Faisal berkata, SOP baharu itu sebagai penambahbaik kepada garis panduan sedia ada dan ia tidak hanya terhad kepada kerja mengorek pasir sahaja, tetapi termasuk juga projek pembinaan serta aktiviti lain di dalam sungai.

“Contohnya, kita mungkin kena kurangkan bilangan pengusaha pasir dalam satu-satu kawasan dan jarak lokasi memproses pasir perlu mengambil kira sensitiviti kawasan itu kerana keadaan sungai berbeza, kuala sungai lain, hulu sungai lain,” katanya.

Ditanya punca sebenar kerosakan paip dasar Sungai Terengganu hingga menjejaskan ribuan pengguna di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada Ogos lalu, beliau berkata, tiada keputusan yang konkrit boleh dinyatakan sehingga kajian lebih teliti dibuat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-lesen-korek-pasir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2021 11:47 AM | Show all posts
untung lah siapa yang dapat lesen pasir
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 04:43 PM | Show all posts
mattzzx replied at 27-10-2021 11:47 AM
untung lah siapa yang dapat lesen pasir

matt try la masuk tender
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 04:50 PM | Show all posts

semua dah ada yg dapat...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056731 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list