CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1251|Reply: 0

[Terengganu] Wanita cedera dihempap dahan pokok ru

[Copy link]
Post time 28-10-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Wanita cedera dihempap dahan pokok ru[size=0.8][size=0.9]Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]


Pasukan perubatan memberi rawatan awal kepada Roslina yanbg cedera dihempap dahan pokok ru di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini. Foto Ihsan Pembaca



Kuala Terengganu: Pengunjung wanita cedera selepas dihempap dahan pokok ru ketika berehat di kawasan Pantai Batu Buruk di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 3.15 petang ketika Roslina Mohamed berusia lingkungan 50-an sedang duduk di sebuah bangku bersama anaknya, Muhammad Shahrul Azlan Hassan, 25,
dan cucu lelaki berusia tiga tahun di kawasan itu.

Muhammad Shahrul Azlan berkata, dia bersama ibu dan anaknya sedang berehat di kawasan pantai berkenaan sementara menunggu isterinya yang berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Katanya, isterinya dimasukkan ke hospital untuk bersalin anak ketiga mereka semalam, manakala mereka berehat di situ sementara menunggu isteri yang dibenarkan pulang hari ini.

"Ketika kejadian, ibu sedang berbual di telefon sebelum tiba-tiba dahan patah dan menghempap bahagian belakang badannya.

"Kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan ibu tidak sempat mengelak dan saya yang terkejut dengan kejadian itu segera memeluk ibu.

"Pengunjung yang lain turut membantu menghubungi ambulans dan ketika itu, ibu masih sedar sebelum segera dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di pekarangan HSNZ di sini, hari ini.

Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di HSNZ.

Disiarkan pada: Oktober 28, 2021 @ 8:10pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065980 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list