CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 29/10/2021

[Copy link]
Post time 29-10-2021 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-10-2021 11:26 AM




Saringan bergejala kekal penyumbang kes tertinggi COVID-19


KOTA KINABALU: Jumlah kes berpunca daripada saringan bergejala terus meningkat dan hari ini mencatatkan 41.4 peratus daripada keseluruhan jumlah iaitu 589 kes baharu COVID-19 di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, terdapat daerah-daerah di Sabah kes positif yang direkodkan melalui saringan bergejala melebih 50 peratus daripada kes daerah berkenaan.

"Antaranya Kota Marudu 31 kes daripada 45 kes dan Kudat 18 kes daripada 31 kes. Beberapa daerah lain turut mencatatkan peningkatan kes melalui saringan bergejalan ialah Ranau 25  kes, Pitas 11 kes, Penampang 15 kes dan Tuaran 10 kes.

"Kesemua daerah ini  juga mencatatkan kes jangkitan secara sporadik yang agak tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, kes-kes sporadik lazim dikaitkan dengan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau tahap pematuhan SOP yang rendah.
Dalam pada itu katanya, Kota Kinabalu merekodkan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 16 kes.

"Penambahan kes juga melibatkan daerah seperti Keningau yang meningkat sebanyak 15 kes, Kota Marudu 12 kes, Kudat 12 kes, Kota Belud 11 kes dan Penampang 11 kes.
"Hanya dua daerah yang menunjukkan penurunan ketara iaitu Ranau 51 kes dan Beaufort 38 kes," katanya.

Beliau berkata, hari ini tidak ada kes lewat daftar keputusan ujian saringan COVID-19 melebihi lima hari direkodkan.

Bagaimanapun katanya, terdapat lima kes lewat daftar diantara empat sehingga lima hari.

"Sebanyak 224 kes merupakan kes lewat daftar antara dua sehingga tiga hari selepas keputusan saringan diketahui. Antaranya Kota Kinabalu dengan 56 kes lewat daftar, Kota Belud 33 kes, Tenom 24 kes, Penampang dan Lahad Datu masing-masing 22 kes.

"Sejumlah 360 kes lagi  merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu," katanya.

Menurutnya, Sabah mengekalkan peratusan tinggi pesakit-pesakit COVID-19 dalam kategori yang dianggap tidak serius.

Katanya, lebih 97 peratus daripada keseluruhan kes hari ini hanya dalam Kategori 1 dan 2. Dua kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5. Sejumlah 12 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


utusanborneo.com.my/2021/10/29



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056500 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list