CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1107|Reply: 0

[Sabah] Masuk ke Sabah tidak perlu kelulusan kerajaan negeri, PDRM bermula Isnin depan

[Copy link]
Post time 31-10-2021 05:50 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah hari ini memutuskan tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia untuk mereka yang bukan berasal dari Sabah bermula Isnin ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata langkah berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula Isnin depan.

"Kemas kini SOP (prosedur operasi standard) akan diumum kemudian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 13 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin ini, dan kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086556 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list