CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 2

[Sarawak] Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021

[Copy link]
Post time 31-10-2021 06:07 AM | Show all posts |Read mode


Beliau merupakan antara 8 guru dari Malaysia yang menerima anugerah tersebut.


Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021. Sememangnya ramai guru yang berdedikasi yang tidak kita kenali dan ketahui. Malah, ada di antara mereka yang sanggup melakukan inisiatif yang ‘ekstra’ bagi memastikan ilmu yang dimiliki dapat disampaikan kepada masyarakat dengan berkesan.

Kegigihan Tessy Anak Rijem, seorang guru Bahasa Inggeris yang berkhidmat di SK Sungai Buloh, Selangau, Sarawak diiktiraf oleh komuniti guru antarabangsa apabila beliau menerima Global Teacher Award 2021.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan salah seorang daripada 8 guru dari Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Anugerah profesion keguruan antarabangsa yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh dunia

Global Teacher Award 2021 ini merupakan sebuah anugerah yang dianjurkan oleh AKS Education Award, yang juga merupakan anugerah keguruan pertama di dunia yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh benua dan komuniti di dunia.

Anugerah ini bertujuan untuk menyorot pencapaian serta sumbangan guru-guru cemerlang dari seluruh dunia untuk komuniti mereka dan membantu membina masyarakat menerusi ilham pengajaran yang kreatif dan inovatif, di dalam dan di luar bilik darjah.
Cipta idea menarik sehingga ke luar bilik darjah, praktikkan pelajar bercakap Bahasa Inggeris dalam komuniti masyarakat

Tessy Rijem memberitahu akhbar tempatan bahawa dedikasinya dalam profesion pendidikan bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan komuniti mereka. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan hasrat tersebut, beliau sedar bahawa pelbagai usaha perlu dilakukan.

Ini termasuklah mencipta pelbagai inovasi pengajaran dan pendidikan seperti menganjurkan pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris. Selain itu, Tessy juga menggalakkan murid mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sekerap yang mungkin apabila bergaul dalam komuniti.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 06:08 AM | Show all posts
TAHNIAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 06:09 AM | Show all posts


Tambah Tessy lagi, inovasi kreatif ini penting bagi menanamkan pemikiran atau ‘mindset’ dalam kalangan anak-anak pelajar bahawa mempelajari Bahasa Inggeris adalah sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan.

Untuk pelan masa depan, Tessy Rijem mempunyai impian untuk kembali semula ke kampung halamannya dan mencurahkan ilmu kepada komunitinya sendiri.
Halangan? Kekangan capaian internet.

Setiap perjalanan pasti ada halangan. Guru Sarawak ini mengakui bahawa beliau menghadapi kekangan capaian internet terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, halangan tersebut tidak menjejaskan sepenuhnya perancangan program PdPR yang dilakukan oleh Tessy.

Jelasnya lagi, beliau berharap agar pihak kerajaan dapat memainkan peranan untuk mengembangkan programnya dengan lebih jauh lagi menerusi bantuan yang sewajarnya. Menurut Tessy, program inovasi Bahasa Inggeris untuk pelajar dan komuniti ini dirancang sepenuhnya oleh beliau dan tentunya akan dilaksanakan dengan lebih baik sekiranya ada bantuan daripada kerajaan.

Dengan pengiktirafan anugerah Global Teacher Award 2021, guru kelahiran Bau ini berasa teruja dan gembira kerana usahanya selama ini diketahui oleh komuniti guru di seluruh dunia.

Congratulations teacher Tessy Rijem!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.462495 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list