View: 1509|Reply: 0
|
[Borneo]
Gajah Borneo Pygmy Yang Semakin Terancam
[Copy link]
|
|
Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis dan ia merupakan sub-spesies gajah Asia terkecil jika dibanding dengan gajah biasa. Gajah pygmy mempunyai ekor yang panjang yang boleh mencapai tanah dan telinga yang agak besar dan gading yang lebih tegak.
Gajah ini juga dipercayai lebih jinak berbanding spesies gajah yang lain. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Columbia, DNA gajah pygmy mempunyai persamaan genetik dengan gajah sub-spesies Asia dan spesies ini hanya boleh ditemui di Sabah dan Utara Kalimantan sahaja.
Populasi terbesar gajah pigmy borneo adalah di Sabah dan kini populasi tersebut semakin menurun sekurang-kurangnya 50% selama tiga generasi terakhir iaitu 60-75 tahun yang lalu.
Tergolong dalam spesies haiwan yang sangat terancam
Oleh itu, gajah pygmy ini tergolong dalam spesies haiwan yang sangat terancam. Kemusnahan kawasan hutan tanah rendah, kegiatan pemburuan dan pembalakan antara ancaman yang mengundang kepada kepupusan habitat ini.
Di Malaysia, Gajah pygmy dilindungi mengikut seksyen II Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar. Sesiapa yang didapati bersalah memburu gajah ini boleh disabitkan dengan denda mencecah RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Marilah kita sama-sama melindungi haiwan terancam ini!
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|