CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak belanja 1 bilion sebulan

[Copy link]
Post time 31-10-2021 11:43 AM | Show all posts |Read mode


LAWAS: Sarawak mampu membelanjakan kira-kira RM1 bilion sebulan bagi menyokong usaha pembangunan di negeri itu tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata suntikan dana RM4.6 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022 semalam meningkatkan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan Sarawak kepada hampir RM11 bilion.

Beliau berkata justeru, kerajaan negeri menyambut baik dan amat menghargai agihan belanjawan itu yang membuktikan keperluan rakyat Sarawak tidak dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“RM4.6 bilion peruntukan Bajet 2022 untuk Sarawak ditambah dengan belanjawan negeri sekitar hampir RM7 bilion untuk pembangunan. Ini bermakna kita boleh belanjakan RM1 bilion sebulan untuk projek pembangunan di Sarawak,” katanya pada majlis pecah tanah projek pembinaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) di Batu 2 Jalan Gelugus hari ini.

Abang Johari berkata peruntukan itu juga merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat di Sarawak selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Ini adalah hasil keamanan dan perpaduan kita. Bila kita ada duit, kita boleh bantu rakyat kita,” katanya.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 1.069851 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list