CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 0

[Terengganu] Kadar penginapan hotel meningkat 80 peratus

[Copy link]
Post time 2-11-2021 05:17 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Kadar tempahan penginapan di 36 hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu menunjukkan peningkatan hingga 80 peratus sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan 11 Oktober lepas.

Pengerusi MAH Terengganu Suaibah Harun berkata, purata tempahan pada hari biasa ialah 50 peratus dan jumlah itu meningkat kepada 80 peratus pada hujung minggu terutama pada musim cuti perayaan.

"Peningkatan ini adalah satu perkembangan positif untuk industri perhotelan dan pelancongan kembali pulih pascapandemik Covid-19.

"Kita yakin apabila pelancong antarabangsa mula berkunjung ke Terengganu, kadar pertumbuhan semula industri perhotelan akan meningkat lebih pantas kerana aliran tunai yang mereka belanjakan lebih besar berbanding pelancong domestik," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Eelectric Vehicle (EV) Charging Stesen di Hotel Primula di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Hotel Primula Burhanuddin Hilmi Mohamed @harun dan Presiden Kelab Pemilik Kenderaan EV Malaysia (MyEVOC), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Hotel Primula adalah lokasi ketiga menyediakan kemudahan untuk pengguna kenderaan elektrik mengecas semula kereta mereka dengan lebih mudah dan selesa selain Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu dan Awana Kijal di Kemaman.

Ketika ini, hanya Terengganu satu-satunya negeri yang menyediakan perkhidmatan stesen pengecas kereta elektrik di Pantai Timur.

Suaibah berkata, stesen pengecas dengan kapasiti 7.4 kilowatt itu boleh digunakan secara percuma oleh pengguna kenderaan elektrik yang menginap di hotel berkenaan termasuk pengguna dari luar.

"Inisiatif ini selaras hasrat kerajaan untuk memulihara alam sekitar, membudayakan penggunaan teknologi hijau dan mesra alam. Secara tidak langsung, ia diharap mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke hotel ini melalui perkhidmatan canggih yang disediakan," katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... eningkat-80-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.096874 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list