|
Tian Chuan.
KOTA BHARU - Memiliki kehidupan yang mewah hasil ‘rompakan’ terhadap hak orang lain tidak pernah menjadikan jiwanya tenang sehinggalah dia menerima hidayah untuk memeluk agama Islam.
Lee Tian Chuan, 44, yang berasal dari Kota Bharu berkata, dahulunya dia terlibat dalam pelbagai perniagaan haram antaranya penjualan cakera padat (CD) cetak rompak, rokok dan minuman keras yang di seludup dari negara jiran.
Dia berkata, ketika itu harta benda dan wang ringgitnya melimpah-ruah serta melalui kehidupan yang senang-lenang dengan mencuri hasil titik peluh orang lain.
“Masa tu saya banyak duit, selalu minum dan mabuk-mabuk.
Malam minum, selepas itu mabuk.
Esok bangun minum lagi dan mabuk lagi.
Tian Chuan (kanan) bersama rakannya belajar mengaji al-Quran dengan Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani (dua, kiri) dan Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap (kiri). - FOTO SINAR HARIAN
“Setiap hari ulang benda sama macam tidak berkesudahan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Kelantan di sini pada Isnin.
Tian Chuan sebelum itu menyertai Program Pengajian Islam Digital BeDaie yang turut dihadiri Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani dan Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uk-Islam-Tian-Chuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|