Baru-baru ini kecoh di Facebook mengenai harga ikan Siakap mencecah RM1,196 seekor yang tular dipercayai selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook ke platform media sosial tersebut.
Dia dipercayai pelanggan yang datang makan di sebuah restoran terapung di Langkawi pada 3 Oktober lalu dan telah memuat naik ke platform media sosial bil yang memaparkan harga hidangan seekor ikan siakap didakwa terlalu mahal dikenakan oleh peniaga.
Kenapa bayar lebih kalau mampu buat sendiri? Buat yang teringin nak makan Siakap 3 rasa dan nak cuba masak sendiri dirumah, resepi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini mungkin sangat membantu. Jom cuba, pasti pasangan anda puji melambung!
1- Ok, mula² dapatkan 1 ekor ikan siakap. Ambik saiz kecik² atau sedang² je ok. Cuci bersih², lumur garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal² lumur dia ye
2- Panaskan kuali, baru letak minyak. Renjis² dulu bagi terbuang lebihan tepung tu.
Pastikan minyak banyak tau
Ok rasanya dah banyak kali bagi tips nak goreng ikan ni. Skip yaaa...
3- Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah² pun. Ikutlah tips yang kander pernah berikan dulu.
Takde warna kuning kunyit, bagi aku warna kunyit tu mengganggu rupa sikit kalau utk 3 rasa.
EDITED : Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu...panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus
4- Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay
5- 2sb lada lumat.
6- 2sb bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.
7- Masukkan 2sb sos tiram
8- 2sb sos cili
9- 3sb air perahan limau nipis, atau boleh beli yang dah siap dalam botol
10- Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya...
11- 1sb nampla
12- Bile bahan sos dah betul² garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan² ini yang dihiris dadu
- celery
- bawang holland
- cili padi
- nenas
13- Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup
14- Dah siap curah terus atas ikan...masa ni mejejes air liur weh
Selamat mencuba! Kalau dah siap mohon kongsikan gambar di ruangan komen dibawah ya. - CARI
|