CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 0

[Kelantan] Kos nikah di Thailand boleh cecah RM50,000

[Copy link]
Post time 16-11-2021 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Kos nikah di Thailand boleh cecah RM50,000

Nor Fazlina Abdul Rahim - November 16, 2021 @ 2:38pm[email protected]


Ejen sindiket nikah di Thailand yang mahu dikenali sebagai Adi, ketika ditemu bual oleh wartawan. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



KOTA BHARU: Sindiket nikah di Thailand dikatakan mengenakan caj minimum RM3,000 hingga RM50,000 kepada pasangan yang ingin berpoligami atau gagal mendapat restu keluarga.

Bagaimanapun, caj RM50,000 itu dikatakan hanya dikenakan kepada golongan VIP dengan segala urusan disediakan ejen sindiket berkenaan.

Bagi kos semahal itu, pasangan pengantin akan diambil dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa menggunakan kenderaan mewah untuk ke Thailand bagi proses akad nikah.

Mendedahkan perkara itu, ejen sindiket nikah yang mahu dikenali sebagai Adi, 60, mendakwa pasangan pengantin sanggup membayar walaupun dikenakan kos RM50,000.

"Kebanyakan pelanggan saya membabitkan kes poligami kerana tidak mendapat restu daripada isteri pertama.

"Namun, bayaran RM50,000 hanyalah kes terpencil dan dikenakan untuk golongan VIP sahaja, manakala bagi pasangan biasa, hanya kos serendah RM3,000 dikenakan.

"Jika bayaran mahal, pasangan pengantin juga boleh memilih sama ada mahu berkahwin di Thailand atau meminta imam berkenaan datang ke mana-mana hotel di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi bayaran serendah RM3,000, pasangan berkenaan akan ke Thailand menggunakan pengkalan haram berbanding kos mahal melalui jalan darat.

"Proses akad nikah hanya berlangsung selama 15 hingga 20 minit dan kebanyakannya akan dilakukan pada sebelah pagi memandangkan pasangan pengantin mahu pulang ke negeri masing-masing pada hari sama.

"Setiap pengantin akan dibekalkan dengan sijil nikah bagi membolehkan mereka membuat pendaftaran di negeri masing-masing," katanya.

Adi turut memaklumkan, dia menerima bayaran RM500 bagi setiap kes sekiranya berjaya mencari pasangan yang mahu menggunakan khidmat nikah di Thailand.

"Tugas saya hanyalah mencari pasangan yang mahu berkahwin sebelum diserahkan kepada orang tengah yang bertindak menguruskan perkara itu dengan pihak Thailand.

"Orang tengah pula akan membayar kepada imam di Thailand sebanyak RM1,000 bagi setiap kes," katanya.

Beliau turut menjelaskan isu sindiket nikah Thailand itu tidak akan selesai kerana sijil nikah akan diperoleh di negeri masing-masing sekiranya mereka tampil untuk mendaftar dan membayar denda.

"Perkara ini hanya akan selesai jika pihak berkuasa agama negeri tidak mengeluarkan sijil nikah bagi pasangan yang berkahwin di Thailand atau menggunakan sindiket. Mereka yang mahu berkahwin mungkin akan berfikir terlebih dahulu," katanya.












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050345 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list