CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 0

[Pahang] Kapten Mohamad Affendi, bersemadilah di sana dengan aman

[Copy link]
Post time 17-11-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Kapten Mohamad Affendi, bersemadilah di sana dengan aman

TN Alagesh
[email protected]


JENAZAH Mohamad Affendi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Muadzam Shah. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG



Rompin: Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy tiba di rumah ibu bapanya di Taman Redan Perdana di sini, jam 6.35 petang tadi.

Ketibaan jenazah diiringi anggota serta pegawai TUDM.

Ahli keluarga Allahyarham yang sebelum itu dibawa ke Pulau Pinang untuk proses berkaitan turut mengiringi jenazah.

Terdahulu, pesawat yang membawa jenazah Allahyarham mendarat di Pangkalan Udara TUDM Kuantan jam 5 petang.

Suasana pilu turut menyelubungi keluarga Allahyarham selain kenalan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Muadzam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah.

Mohamad Affendi terkorban selepas pesawat Hawk 108 dikendalikannya terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang jam 10.07 malam tadi.

Kejadian turut menyebabkan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera. Mohd Fareez dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.





Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 8:18pm









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.633904 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list