View: 705|Reply: 5
|
[Sarawak]
[ POLITIK ] Calon PKR minta KDN tangani isu dokumen
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/benderas_1638862762.jpg)
MIRI: Ketiadaan dokumen pengenalan diri atau status kewarganegaraan menjadi masalah utama penduduk asal di Baram yang memerlukan penyelesaian segera daripada kerajaan.
Calon PKR di DUN Telang Usan, Philip Jau Ding, berharap kerajaan mengambil serius masalah yang lama membelenggu penduduk dan menyebabkan mereka berdepan kesukaran, khususnya bagi urusan berkaitan kerajaan.
"Masih ramai penduduk kampung di sini yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Ini akan menyukarkan anak mereka bersekolah manakala mereka yang dewasa pula sukar mencari pekerjaan," katanya pada sidang media secara maya di Bilik Gerakan Utama PKR Miri, hari ini.
Beliau berkata, kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan berstatus bukan warganegara berdepan kesukaran bersekolah dan ia menjejaskan masa depan mereka.
"Kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melihat perkara ini dengan serius," katanya.
Beliau juga sedang mengumpulkan nama penduduk yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan hijau atau Orang Baru Tiba (OBT) dan kad merah yang bermaksud pemastautin tetap.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila jadi pembangkang ... kerja senang ... cari jer memana kesalahan ...
Tapi...
hakikat nya ...
bila jadi kerajaan ... 1000 alasan tak dapat buat itu ini...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haha janji masa nak mengundi ni biasalah
tapi nanti semua ntah kemana
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa nak mengundi ni semua nampak batang hidung
sanggup pegi bawah rumah
dah menang.. susah nak jumpa
tapi kalo kat Bintulu ni YB Dato' Seri Tiong King Sing memang terbaik![](static/image/smiley/default/icon8.gif)
sanggup dan cepat turun padang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|