CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Sabah] Tetamu digalakkan datang awal untuk saringan COVID-19

[Copy link]
Post time 10-12-2021 03:18 PM | Show all posts |Read mode


EMPUTAN: Stanley (dua kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Sumardi, turut kelihatan Ooi (kiri), Ir. Rajesh Yusof (dua kiri) dan Melvyn Yong.

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia, Presiden Persatuan Foo Clan Sabah-Labuan Kapitan Foo Hoe Weng dan Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd dijemput sebagai tetamu kehormat untuk majlis memotong riben pertandingan nyanyian.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Persatuan Perkakasan Jentera dan Bahan Binaan Kota Kinabalu (KKHMBA) dan Persatuan Perkakasan Jentera dan Bahan Binaan Sandakan (SHMBA).

Pertandingan nyanyian dalam bahasa mandarin itu akan diadakan di Dewan Hakka, jam 6 petang pada 18 Disember depan.


JEMPUTAN: Stanley (dua kanan) menyerahkan jemputan kepada Foo sementara Ooi (kanan) serta tetamu kehormat lain.

Pengerusi Majlis dan KKHMBA Datuk Stanley Tee dan Naib Presiden William Ooi baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Roland, Foo dan Pengurus Besar and Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd Sumardi Mohd Yusof.

Stanley dalam pada itu mengingatkan para hadirin untuk hadir di tempat penganjuran seawal mungkin kerana jawatankuasa penganjuran akan memulakan saringan ujian COVID-19 terhadap semua kakitangan, peserta dan tetamu seawal 4 petang.

"Hanya mereka yang mempunyai keputusan negatif sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga menyeru agar semua terlibat perlulah lengkap vaksin dan berstatus risiko rendah dalam MySejahtera.


TERIMA KASIH: Stanley (kanan) menyerahkan surat jemputan kepada Roland untuk hadir ke pertandingan berkenaan, turut kelihatan Ooi.

Katanya, semua terlibat juga dikehendaki mengutamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka dan sebagainya.

Bagi pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan urusetia KKHMBA dalam talian 088-254173, atau Simon Chin (016-8101887) dan Chin Tet Fui (016-7259193).


utusanborneo.com.my/2021/12/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072084 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list