|
#1 Pengalaman menginap di hotel/homestay berhantu (Cedok dari netizen)
[Copy link]
|
|
'Terasa ada orang pegang belakang ketika mandi'
Hotel kat Cameron. Masa mula-mula sampai okey je. Cuma bilik airnya kalau mandi, kabus teruk. Masa tu terfikir, mungkin sebab mandi air panas, jadi wapnya membuatkan bilik air itu berkabus teruk.
Pergi dalam lima orang, dah ramai yang mandi makin teruk berkabus bilik air tu. Turn aku mandi, ada rasa orang pegang belakang badan. Memang terkejut gilalah. Cepat-cepat mandi dan bersiap terus keluar. Tetapi masa tu masih cuba berfikiran positif.
Malam itu balik dari makan malam, berborak-borak. Cuaca pun sejuk, kami semua tidur pakai stokin, baju lengan panjang.
Dalam dua jam kemudian aku tersedar sebab rasa panas. Serius rasa panas. Yang lain pun tersedar, cakap benda yang sama. Masing-masing berpeluh. Ah sudah! Tak pernah-pernah pergi Cameron malam rasa panas berbahang.
Call abang bilik selang beberapa bilik dari kami dan tanya dia, panas tak? Dia kata tak panas, tetapi sejuk gila. Masa itu pun dengar baby bilik sebelah menangis seperti ketakutan.
Abang dari bilik lain datang ke bilik kami, dia pun cakap bilik kami panas. Terus semua pindah dan tidur beramai-ramai di bilik abang malam tu. Nasib baik dah balik, tak adalah menghadap benda-benda pelik lagi.
Sumber: Lala
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Homestay kat Cameron Highland. Kami pergi beramai. Bawa staff, mak mentua dan semulah. Malam itu, geng-geng lelaki keluar lepak jumpa kawan-kawan. Dekat jam 12 malam macam tu, aku masuklah bilik nak tidur. Anak-anak semua dah tidur dah. Mak mentua pun tidur dah.
Elok aku masuk bilik dan kunci pintu, aku dengar orang tarik kerusi. Pastu bancuh air. Dengar bunyi bising di dapur, macam ada orang bersembang-sembang. Aku ingatkan mak mentua aku.
Kemudian dalam jam 4 pagi macam tu, aku dengar orang tergelak-gelak. Aku bangunlah, tengok-tengok pintu bilik terbuka sikit, tak kunci. Padahal masa nak masuk tidur, aku dah kunci. Aku pun biarkan saja.
Keesokan pagi, aku tanya mak mentua, dia ada bangun pergi dapur minum air ke apa. Dia kata tak ada. Baru dia buka cerita yang dia kena tindih malam tu. Nak panggil orang, suara tak keluar.
Laki aku balik jam 4.30 pagi tapi tak boleh masuk bilik sebab pintu kunci. Padahal aku bangun masa jam 4 pagi tu, tengok pintu bilik terbuka. Macam mana dia kata pintu dikunci? Terus rasa seram.
Homestay itu baru lagi. Di belakangnya ada hutan, bangunan baru tak ramai yang duduk situ. Selepas kejadian itu, memang dah tak pergi situ.
Sumber: Jamilah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
20 tahun lepas, hotel di Melaka. Lupa apa nama hotel itu. Tak pasti ada lagi ke tidak hotel tu. Coz I'm a Singaporean. Kami pergi sana untuk percutian sekeluarga pada tahun 2001. Masa tu, I berumur 11 tahun kalau tak silap.
Tengah tidur dengan mak. Pintu tandas terbuka dan tertutup sendiri. Faucet ada benda buat main air, buka tutup. Pintu bilik diketuk, kami ingatkan staf hotel atau room service. Bila pintu dibuka, tak ada orang. Tengok kiri kanan sunyi.
Jam 2 pagi, selepas tutup pintu, terdengar bunyi budak-budak main berlari-lari sambil ketawa. Boleh bayangkan tak?
Orang tak ada, tetapi bunyi orang itu ada. Ayah pergi check. Selepas itu dia terus berlari masuk dan hempas pintu kuat-kuat membuatkan mak terperanjat, tanya kenapa? Ayah tak jawab, terus masuk bilik air ambil air wuduk.
Keesokan harinya, kita check out. Ambil foster/homestay. Kita di sana tiga hari dua malam. Tapi malam pertama dah kena ganggu.
Sumber: Nana
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Casa Hill Resort Sg Lembing. Cantik kawasan tu, tapi bersebelahan dengan jirat Cina. Sudahlah jauh nak cari makan. Kena pula malam itu hujan renyai-renyai.
Selepas PKP panjang t ahun lepas, mana ada orang menginap. Ada empat bilik saja yang ada orang tetapi lain-lain bilik.
Kami baru balik dari makan masa tu, tiba-tiba aku ternampak benda putih tercegat di hujung blok. Meremang dah masa tu tetapi suami langsung tak nampak.
Di tengah malam, terdengar macam-macam bunyi tapak kaki berjalan. Tetapi hairannya, mana ada orang lain di blok kami. Dan yang paling seram, bunyi cakaran mula-mula kedengaran dari bahagian atas. Selepas itu berpindah pula ke tepi.
Aku dan suami baca ayat kursi. Akhirnya bunyi ketawa mengilai dan bunyi cakaran itu semakin menghilang. Malam itu memang tak lena tidur.
Satu lagi kejadian baru-baru ini di Teratak River View Tanjang Malim. Masa selepas maghrib, hujan-hujan renyai juga. Masa kami barbeque, aku dah nampak awal, tapi anak dan suami tak nampak.
Suami cakap masa aku dan anak solat maghrib, dia seorang jaga barbeque, terdengar bunyi tapak kaki. Bila ditoleh, tiada apa-apa.
So masa aku tengah nak makan, memang nampaklah seketul 'gula'gula' putih berdiri di sebalik pokok. Mau tak meremang! Masalah aku seorang je yang nampak, buat-buat tak nampak sajalah.
Bila dah habis makan, terus ajak suami dan anak masuk chalet, kemas-kemas barang dan makanan barbeque semula. Tidur memang tak kena. Esok masa dalam perjalanan balik, barulah buka cerita beritahu pada suami dan anak.
Sumber: Shad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
awkmestirajin |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the update TT. pasni nak kena tunggu cerita baru pulak |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyy... dah ada update yang baru...
tq TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada masalah. Asal seru, datanglah saya nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
maap, kalau tak seram sangat. kebanyakan diorang ni just kongsi cerita pendek je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suke cuter pendek2 gini..cepat tau apa sudahnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|