CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sabah] Dakwaan 600 Pejuang Selatan Filipina Mahu Serang Sabah Tidak Benar

[Copy link]
Post time 10-12-2021 11:44 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Laporan wujudnya plot untuk menyerang Sabah membabitkan 600 pejuang yang didakwa atas usaha dan persetujuan ’19 datuk bandar’ dari selatan Filipina adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi, hari ini.

Memetik laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan, hari ini, mendakwa rancangan rahsia kumpulan militan Sulu itu dipercayai dibuat di selatan Filipina.

Akhbar berkenaan turut mendakwa perkara itu lanjutan daripada laporan sebuah lagi akhbar luar negara, South China Morning Post yang menyatakan kononnya satu pertemuan yang dihadiri 19 Datuk Bandar itu diadakan bagi membincangkan usaha merekrut 600 keanggotaan untuk mengintip dan menyerang negeri ini.

Laporan itu turut mendakwa pertemuan berkenaan diatur pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pasukan keselamatan itu akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, pasukan risikan Esscom sebenarnya sudah mendapat maklumat berhubung dakwaan itu sebelum ini dan malah cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Kita masih cuba mengesahkan dakwaan ini daripada rakan sejawat di negara jiran,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, pihaknya kawalan sempadan dan rondaan sentiasa diberi perhatian ketat dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau turut memberi jaminan setakat ini tiada pergerakan tidak normal yang dikesan berlaku di perairan negara ini. – HMetro


sabahpost.net/2021/12/10


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042221 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list