CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Sabah] 222 PATI Indonesia Dihantar Pulang Ke Negara Asal

[Copy link]
Post time 10-12-2021 11:46 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU : Setelah tertangguh sejak Jun lalu, program penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, diteruskan hari ini.

222 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Penghantaran Pulang PATI Siri 12/2021 oleh Jabatan Imigresen Malaysia, (JIM) Negeri Sabah dengan kerjasama

Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua PATI warganegara Indonesia itu ditahan di Depot Imigresen Tawau sejak tahun lalu dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Prosedur kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan PATI bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan, bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 di kalangan PATI
sebelum proses penghantaran pulang.

Langkah ini selaras dengan Prosedur Operasi Standard, SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesemua PATI yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta
Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.

Sejak 1 Januari hingga 10 Disember lalu, Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah telah mengusir 2,659 orang PATI ke negara asal.


Mereka terdiri 1,178 warganegara Filipina, 1,115 rakyat Indonesia manakala 366 lagi dari pelbagai negara.


sabahpost.net/2021/12/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038985 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list