CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Sarawak] Dua individu ditahan miliki senjata api buatan sendiri di Mukah

[Copy link]
Post time 15-12-2021 01:47 PM | Show all posts |Read mode


Dua laras senapang patah dan peluru hidup yang dirampas.

MUKAH: Dua individu ditahan apabila masing-masing didapati memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dan juga lapan butir peluru hidup di kawasan Mateding, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 47 tahun pada mulanya bertindak mahu melarikan diri dalam serbuan sekitar 3.37 petang itu, namun berjaya ditahan.

"Siasatan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek menggunakan senjata api tersebut untuk tujuan perburuan, dan tidak terlibat dengan apa-apa kaitan militan," katanya kepada Utusan Borneo.

Suspek pertama mengatakan senjata api terbabit dibeli sejak 12 tahun lalu manakala seorang lagi suspek mengatakan senjata api miliknya diperolehi daripada mendiang bapanya yang meninggal dunia pada April 2021.

Namun, kedua-duanya mengaku tidak memiliki sebarang lesen pemilikan senjata api.

Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Satu surat permohonan untuk mendapatkan status lesen senjata api juga akan dihantar ke Pejabat Daerah Mukah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.


utusanborneo.com.my/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list