CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

[Sarawak] Kereta terbakar, pemandu dan penumpang selamat

[Copy link]
Post time 15-12-2021 02:57 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berusaha memadam kebakaran tersebut.

SERIAN: Dua wanita sempat menyelamatkan diri sebelum kereta dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Kampung Sungai Bedup, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.13 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

"Komander operasi melaporkan berlaku kebakaran di bahagian hadapan meliputi enjin, papan pemuka serta kedua-dua tayar.

"Pemandu dan penumpang masing-masing berasal dari Kampung Sri Menanti, Serian berusia 50an berjaya keluar dan tiada kecederaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, anggota bomba memadam kebakaran tersebut menggunakan satu saluran bantu mula air daripada tangki jentera.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 10.02 pagi.


utusanborneo.com.my/2021/12/15


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043554 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list