CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 15/12/2021

[Copy link]
Post time 15-12-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-12-2021 12:58 AM






COVID-19: Sarawak rekod 50 kes baharu, tiada kematian


KUCHING: Sarawak merekodkan 50 kes baharu COVID-19 hari ini dan tiada kes kematian direkodkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan kes baharu itu keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 251,857.

Daripada kes baharu itu katanya, 27 adalah kategori satu (tiada gejala), 19 terdiri daripada kategori dua (gejala ringan), satu kes melibatkan kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan tiga kes adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Hanya 16 daerah merekodkan kes harian baharu dengan Kuching tertinggi iaitu 16 kes diikuti dengan Miri (12), Bintulu (3), Sibu (3) dan masing-masing dua kes di Saratok, Serian, Meradong dan Asajaya.

Sementara itu, daerah Limbang, Lawas, Lubok Antu, Tanjung Manis, Betong, Sebauh, Kabong dan Belaga masing-masing merekodkan satu kes, katanya menerusi kenyataan.
JPBNS dalam pada itu memaklumkan tiada kematian direkodkan pada hari ini.

Menurut JPBNS juga, tiada kluster baharu diisytiharkan serta tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

utusanborneo.com.my/2021/12/15


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065725 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list