CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat disaran beri sokongan kepada pesakit talasemia

[Copy link]
Post time 15-12-2021 05:52 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Jailine (kanan) menyerahkan sumbangan kewangan kepada pesakit talasemia Max Marchel yang diterima oleh Lorenzo.

KENINGAU: Masyarakat disaran agar terus memberikan sokongan moral kepada pesakit talasemia sama ada dalam bentuk kewangan atau melalui menderma darah bagi membantu kelancaran rawatan yang diperlukan pesakit agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Jailine Rose Lian Ginanda berkata, kebanyakan pesakit talasemia memerlukan transfusi darah secara berkala.

Justeru itu pesakit perlu kerap berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan sumbangan masyarakat melalui bentuk kewangan amat dialu-alukan agar ianya dapat meringankan beban keluarga pesakit.

Jailine menyeru agar masyarakat prihatin tampil membantu pesakit talasemia supaya aktif menderma darah di hospital berdekatan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan dana kewangan kepada pesakit talasemia penduduk kampung Kepayan Lama Apin-Apin, Max Marchel Ajaras bagi mewakili Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Sumbangan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) kampung Kapayan Lama Lorenzo Juli yang kemudiannya disampaikan kepada Max.


utusanborneo.com.my/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.035622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list