CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 0

[Sarawak] Kabong menuju 2030

[Copy link]
Post time 15-12-2021 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-12-2021 10:08 AM



SUARA SARAWAK TEMUBUAL DENGAN ADUN KABONG, MOHD.CHEE KADIR
Sebagai sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu, (DUN) N. 40 Kabong yang mula diwujudkan pada 2016, menyaksikan penyandangnya, Mohd. Chee Kadir menggalas tanggungjawab yang besar yang sebelum ini dipikul oleh ADUN kalaka Haji Abdul Wahab Aziz ketika masih di bawah DUN Kalaka.


Wartawan Suara Sarawak, Kay Urana berkesempatan menemubual calon GPS bagi kawasan tersebut untuk mendapat pandangan dan harapan beliau pada PRN 12 kali ini.

Apakah yang telah berjaya dicapai dalam lima tahun?
Selepas lima tahun banyak Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) mahupun Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah dilaksana dan berjaya mengubah landskap serta wajah pembangunan di kawasan Kabong. Kabong kini sedang menyaksikan limpahan pelbagai projek pembangunan yang telah sedang dan akan dilaksanakan.
Ini yang merangkumi bidang pendidikan,pertanian,perikanan,industri kecil dan aspek berkaitan meningkatkan ekonomi penduduk.

Bagi projek-projek di DUN Kabong saya telah berjaya dilaksanakan seperti berikut:
Tahun 2017 : 18 Projek
Tahun 2018 : 19 Projek
Tahun 2019 : 18 Projek
Tahun 2020 : 21 Projek
Tahun 2021 : 23 Projek

Selain itu, antara yang dapat saya sebut adalah selepas 12 Tahun, penantian warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dan penduduk berakhir apabila berjaya dilaksana semula sistem persekolahan satu sesi pada 25 Ogos 2020.Peruntukan disalurkan kepada sekolah terbabit bagi menambah bilik kelas dan peralatan lain bagi membolehkan sekolah berkenaan beroperasi secara satu sesi sahaja sekarang ini.

Saya juga melaksanakan Program RTP telah diwujudkan Pusat Penjaja Kabong Dan Juga Pusat Penjaja Simpang Empat Nyabor. Kedua-Dua Projek Ini Bernilai
RM1.2 Juta. Kemudahan ini mampu memperkasakan kedudukan ekonomi masyarakat setempat terutama yang berminat dalam aktiviti perniagaan.

Pusat Penjaja Simpang Empat Nyabor adalah bukti komitmen kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg untuk membawa transformasi ke lawasan luar bandar.

Bagi sektor pelancongan pula, pihak kami telah berjaya Menganjurkan Festival Layang Layang Antarabangsa Kabong (KIKF) yang telah membawa daerah Kabong ke mata dunia. Ia sekali gus telah melonjakkan nama Daerah Kabong dalam peta pelancongan antarabangsa.

Pantai Tanjung Kembang kini jauh berbeza sejak empat tahun kebelakangan ini.  Pantai ini daripada tidak mempunyai kemudahan Insfrastruktur, kini sudah dilengkapi dengan pelabagai kemudahan.

Pembinaan jeti konkrit di tepi sungai juga berjaya diwujudkan dengan kos 2.6 juta. Jeti ini hampir siap sepenuhnya sekarang ini.

Isu paling besar yang berjaya diatasi di kawasan Kabong adalah masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk di sini.

Masalah berkenaan telah dapat diselesaikan dengan peruntukan besar lebih RM100 juta untuk menaik taraf dan menambah baik mutu perkhidmatan air di kawasan ini. Alhamdulillah usaha kerajaan telah berjaya dan pada akhir tahun lalu masalah bekalan air di sini telah dapat diselesaikan.

Turut akan dibina di sini adalah dewan masyarakat dengan peruntukan RM5.5 juta, Projek Masjid Baharu Kabong bernilai RM16.5 Juta. Anjung Usahawan bernilai RM5 juta dan banyak yang tidak dapat saya sebutkan di sini

2. Apa aspirasi rakyat?
Rakyat di sini sangat mengharapkan pembangunan berterusan. Mereka yang berada di kawasan sekitar Kabong turut berharap akan diliputi pembangunan dari segi prasarana Infrastruktur dan mutu perkhidmatan Internet yang lebih baik.

Justeru itu perancangan pembinaan pekan baharu Kabong telah dilakukan oleh Ketua Menteri, Abang Johari pada 26 November 2021. Projek pembinaan akan bermula awal tahun 2022.

Lantas rakyat berharap pekan Kabong dapat berubah wajah dan pembangunan pekan baharu Kabong alan menjadi satu realiti sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri baru-baru ini.

Dengan wujudnya pekan baharu kelak maka akan dapatlah diwujudkan kemudahan perbankan dan juga agensi-agensi lain untuk kemudahan penduduk.


3. Apa perkara yg hendak dilaksanakan untuk lima tahun akan datang jika menang?
Jika saya masih mendapat mandat dan kepercayaan rakyat dan menang dalam PRN 12 saya akan meneruskan projek-projek pembangunan yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri dan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur rakyat di seluruh N. 40 Kabong.

Saya akan berusaha mewujudkan peluang untuk menjana ekonomi penduduk dan meningkatkan pendapatan penduduk selain meneruskan usaha menjadikan Kabong sebagai kawasan pelancongan yang berpotensi besar.

Saya juga akan meningkatkan mutu capaian internet di kawasan N.40 Kabong dengan berusaha ke arah menambah menara telekomunikasi di kawasan yang capaian internetnya tidak baik.

Usaha akan diteruskan juga untuk menaiktaraf sekolah-sekolah daif dan akan berusaha menubuhkan sebuah kolej komuniti di N. 40 Kabong.

Dan saya juga akan berusaha untuk mewujudkan sebuah balai bomba dan penyelamat untuk Daerah Kabong.

4. Apa asas keyakinan dalam perjuangan kali ini?
Atas utama adalah trek rekod yang baik kerajaan GPS selama ini serta komitmen berterusan saya yang disertai oleh sokongan padu rakyat. Saya amat yakin GPS akan menang dalam PRN 12 kali ini.

5. Nasihat agar peratusan pengundian di sini tinggi pada 18 Disember.

Harapan saya pada hari mengundi pengundi turun beramai-ramai dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon GPS bagi memastikan calon GPS memperoleh kemenangan dengan majoriti yang besar bagi meneruskan agenda pembangunan yang dirancang.

6. Mengapa dapatkan mandat untuk GPS penting kali ini?
Mandat kuat rakyat untuk GPS sangat penting supaya GPS dapat membentuk semula kerajaan yang kukuh dan diyakini bagi meneruskan kelangsungan agenda pembangunan di seluruh negeri Sarawak.

Jadi kepada semua pengundi tunaikan hak anda dengan sebaik mungkin. Turunlah mengundi, pilihan calon yang membela nasib rakyat dengan kata lain yang lebih ringkas undilah calon GPS.

Terima kasih.


sarawakvoice.com/2021/12/15
ByKay Urana


December 15, 2021


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044021 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list