CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu rekod 66 mangsa banjir di dua daerah

[Copy link]
Post time 18-12-2021 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan ditutup di Kampung Pelantoh, Kemaman kepada semua kenderaan.

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan seramai 66 mangsa banjir daripada 14 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Dungun dan Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa banjir itu direkodkan sehingga jam 6 petang pada Jumaat.

"Sebanyak dua buah PPS diaktifkan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di Dungun yang dibuka pada jam 6.30 pagi pada Jumaat dan kini menempatkan 29 mangsa.

"Selain itu, sebuah lagi PPS dibuka iaitu di Dewan Sivik Air Putih, Kemaman pada jam 8 pagi tadi dengan menempatkan seramai 37 mangsa banjir," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, sebuah PPS di Setiu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kasar, Hulu Nerus 1 yang dibuka pada 1.30 pagi tadi ditutup pada petang Jumaat.

Menurut kenyataan tersebut, keadaan semasa cuaca mendung di kebanyakan tempat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my sehingga jam 5 petang tadi melaporkan stesen bacaan di tiga sungai Terengganu kini berada pada paras amaran.

Tiga stesen bacaan itu ialah di Sungai Dungun di Kuala Jengai setinggi 20.59 meter (m), Sungai Telemong di Kuala Ping di Hulu Terengganu (19.03 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Kemaman (18.5m).
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anjir-di-dua-daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052162 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list