CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 0

[Kelantan] 12 tahun berteduh di wakaf

[Copy link]
Post time 20-12-2021 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Yah Mamat dan suaminya, Mohd Sata Jaafar berteduh di wakaf selepas rumah mereka di Kampung Pasir Kelang ditenggelami air. - Foto NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI

KUALA KRAI: Empat beranak menjadikan wakaf sebagai tempat untuk berteduh sejak 12 tahun lalu setiap kali rumah kedai mereka di pinggir Sungai Kelantan di Kampung Pasir Kelang, ditenggelami air banjir.

Yah Mamat, 55, berkata setiap kali banjir, beliau dan keluarga memilih untuk tinggal di wakaf yang terletak di pinggir jalan utama, kira-kira 100 meter dari rumahnya berikutan keadaan kesihatan suaminya, Mohd Sata Jaafar, 60, yang juga orang kelainan upaya (OKU).

"Bukan kami tidak mahu ke pusat pemindahan sementara (PPS). Pasukan Suami tidak mahu bersesak di pusat pemindahan sementara (PPS) dan mereka tidak mahu meninggalkan suaminya yang sakit bersendirian di wakaf itu.

"Pada petang semalam, limpahan air sungai menyebabkan sebahagian rumah kedai kami ditenggelami air dan terpaksa bermalam di wakaf ini yang hanya ditutupi dengan plastik putih.

"Pada masa sama, dua anak iaitu Mohd Fazri Mohd Sata, 38 dan Mohd Amirul, 29, juga perlu bergilir-gilir mengawasi keadaan kerana bimbang berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Kelang, di sini.

Yah berkata, pasukan keselamatan menyarankan mereka sekeluarga berpindah ke PPS bagi memastikan keselesaan dan keselamatan, namun memutuskan untuk berteduh di wakaf itu sehingga banjir surut.

"Jika mahu mandi, kami akan menumpang bilik air di masjid berhampiran.

Kebiasaannya, keadaan ini tidak akan berlarutan dalam tempoh yang lama...hanya tiga atau empat hari," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.234478 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list