CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 2

[Pahang] Serious lah? bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir

[Copy link]
Post time 23-12-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pahang umum bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir


SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Tanjung Pulai, Pekan. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas.

Katanya, bantuan berkenaan meliputi kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.

"Selain tanda prihatin, kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya. Sumbangan RM500 ini demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung, Insya-Allah," katanya.

Banjir di Pahang bermula Jumaat lalu dan situasi semasa banjir pagi ini, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 37,356 mangsa masih ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas banjir.

Daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epada-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2021 12:30 PM | Show all posts
makan siakap pun x lepas la beb
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 11:55 PM | Show all posts
Raline replied at 23-12-2021 12:30 PM
makan siakap pun x lepas la beb

silap buat pilihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.508780 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list