CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 1

[Sarawak] Abang Johari ucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 25-12-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang telah keluar mengundi beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada gabungan itu dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu.

Menurut beliau yang juga Ketua Menteri, kemenangan itu adalah demi kestabilan, kemakmuran dan kegemilangan Sarawak.

GPS yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

“Kerajaan GPS menerima mandat yang besar dan bersejarah daripada rakyat dengan penuh kesyukuran dan tanggungjawab untuk memenuhi dan menunaikan Manifesto  GPS demi meneruskan  usaha dan mempertahankan hak Sarawak dan rakyatnya,”  katanya dalam satu ucapan penghargaan dan terima kasih yang disiarkan dalam akhbar tempatan hari ini.

Ia juga jelasnya, adalah bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan sosial serta mempercepat pembangunan sosioekonomi yang inklusif agar tiada seorang pun rakyat yang tersisih daripada mengecapi faedah pembangunan.

Beliau juga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada SPR, penjawat awam negeri dan persekutuan, petugas pilihan raya, penguat kuasa keselamatan dan kesihatan, pengamal media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran PRN-12.

“Syabas dan tahniah kepada semua cdalon sama ada parti politik atau bebas yang telah bertanding dalam PRN-12 kerana sama-sama menyuburkan amalan dan prinsip demokrasi Sarawak.

Abang Johari telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam 18 Dis, dan kini rakyat sedang menanti pembentukan kabinet baharu beliau.


sarawakvoice.com/2021/12/24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2021 11:05 AM | Show all posts
ye ty to @Vellfire dan @FanTasyCreaTioN

undi anda adalah rahasea...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048537 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list