
ONTARIO: Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ditangkap memandu kereta di utara Kingston, Ontario.
Dia memberitahu polis hendak membeli hadiah untuk adiknya, kata polis.
Polis Wilayah Ontario berkata, mereka menerima panggilan berkaitan kenderaan yang mencurigakan pada kira-kira 7:20 pagi daripada salah seorang jiran kanak-kanak tersebut.
Kenderaan itu berhenti di padang rumput kering.
Apabila polis tiba, mereka menemui pemandu yang sangat muda dan memberitahu mereka dia ingin ke kedai serta membeli traktor mainan merah jambu untuk adik perempuannya.
Kanak-kanak itu tidak cedera dan kereta itu hanya mengalami kerosakan kecil.
Polis mengesahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak menghadapi sebarang pertuduhan, lapor Reddit.
sarawakvoice.com/2021/12/23 |