CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 618|Reply: 0

[Borneo] Varian Omicron: 45 lagi kes dilaporkan, 1 disyaki penularan tempatan

[Copy link]
Post time 25-12-2021 10:36 AM | Show all posts |Read mode


Khairy berkata satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan merupakan jangkitan tempatan dilaporkan di Negeri Sarawak pada 24 Disember. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 45 kes COVID-19 varian Omicron di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 62 kes.
Ia selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 15 sehingga 21 Disember 2021.

"Pada 24 Disember 2021, 45 daripada 60 sampel 'presumptive' ini telah disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Sementara itu, jelasnya daripada 62 kes varian Omicron, 61 daripadanya adalah jangkitan import dari luar negara.

Manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan merupakan jangkitan tempatan dilaporkan di Negeri Sarawak pada 24 Disember.

"Kes ini merupakan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga (3) tahun.

"Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 3 tahun ini. Puncajangkitan masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching," jelasnya.

Tambahnya kes juga adalah lengkap vaksinasi dan keadaan beliau adalah stabil.

Seramai dua kontak telah dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial.

Kedua-dua kontak ini telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari dankeputusan ujian sampel pertama bagi kedua-dua mereka adalah negatif COVID-19.

Jesteru, KKM bersama lain-lain agensi telah mengambil tindakan memperkukuhkan kawalan dipintu masuk antarabangsa serta saringan ke atas golongan yang berisiko tinggi.



astroawani.com

Disember 25, 2021 10:01 MYT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043352 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list