Edited by Vellfire at 28-12-2021 05:08 AM
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/268766181_331748262101560_7571461523626564874_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=TugGso1YIbcAX-QnMXZ&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT9XuoBs_RyrIt5bUPa2UFfF22u-anxG11lq-2693f7mUA&oe=61CEF4D5)
Kes baharu COVID-19 di Sabah kekal stabil
KOTA KINABALU: kes harian di Sabah kekal stabil walaupun ada pertambahan 17 kes baharu hari ini berbanding jumlah sehari sebelumnya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah hari ini merekodkan 125 kes baharu COVID-19.
"Kumpulan daerah 'Empat Serangkai' berada di posisi empat daerah teratas yang mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di Sabah.
"Tuaran 23 kes (+7), Kota Kinabalu 23 kes (+9), Kota Belud 19 kes (+13) dan Ranau lapan kes (-18).
"Hanya tiga daerah di Sabah yang masih mencatat kes harian dua angka, iaitu Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Tidak ada kes baharu di lapan daerah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bermula 28 Disember 2021 semua pengembara yang datang dari negara-negara tertentu melalui penerbangan antarabangsa dan berhasrat ke Sabah atau dalam perjalanan balik ke Sabah akan melalui kuarantin mandatori tujuh hari di Kuala Lumpur sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Sabah.
Katanya, rakyat negara asing yang tidak ada pengecualian khas memasuki Sabah juga perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan) untuk masuk ke negeri ini.
"Seramai 121 orang daripada 125 pesakit baharu semalam berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit baharu dalam Kategori 5.
utusanborneo.com.my/2021/12/27 |